2 cawan beras basmathi
1 paket Perencah Beriani Segera Maggi
1 labu bawang besar - dicincang
2 ulas bawang putih - dicincang
3 hirisan halia
1 batang serai - diketuk
1 helai daun pandan - disimpul
3 sudu besar susu cair
21/2 cawan air
beberapa ketul ayam
1 sudu besar planta
1 sudu besar minyak masak
2 sudu besar kacang gajus - goreng tanpa minyak
1/2 pokok daun bawang - hiris
1/2 pokok daun sup - hiris
Cara-cara:
1 Panaskan minyak masak dan planta dalam kuali. Masukkan bahan-bahan cincang dan tumis hingga wangi.
2 Masukkan perencah beriani. Kacau rata. Masukkan ayam dan kacau rata, tutup api.
3 Sementara itu, basuh dan tos beras dalam periuk nasi elektrik. Masukkan serai, daun pandan, halia, air, susu cair, daun bawang, daun sup dan kacang gajus
4 Masukkan bahan-bahan tumis dan sedikit garam, kacau rata dan masak seperti biasa.
No comments:
Post a Comment