Monday, February 19, 2018

Dinner 14.2.2018

Kari Ikan Merah

Bahan-bahan:

2 keping kepala ikan merah + 2 keping isi ikan merah
6 batang bendi – dibuang tangkai dan hujungnya
3 biji tomato ceri – dibelah 2
1 biji bawang besar – dihiris nipis
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
1/2 inci halia – dihiris mancis
1 sudu kecil halba campur
3 tangkai daun kari – ambil daun sahaja
1 peket Serbuk Kari Ikan Baba's
2 sudu besar pes kari ikan giling (beli di pasar dengan orang India)
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
1/4 kotak santan
Garam secukup rasa
1/2 senduk minyak masak
1/2 cawan air

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur sebentar kemudian masukkan bawang besar, bawang putih dan halia. Tumis hingga perang.
  2. Masukkan rempah giling, tomato, daun kari dan serbuk kari. Perlahankan api, kacau selalu hingga terbit minyak.
  3. Masukkan air dan asam jawa. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan ikan dan bendi. Kacau perlahan, tutup periuk.
  5. Setelah mendidih, masukkan santan dan garam. Kacau perlahan hingga kuah sedikit pekat. Rasa masin dan masamnya. Tutup api.




Kubis Goreng ala Mamak

Bahan-bahan:

1 biji (kecil) kubis – dihiris nipis
1 biji cili merah – dihiris
1 sudu kecil halba campur
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 biji bawang besar – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 genggam ikan bilis – dibasuh
1 sudu kecil minyak
Sedikit air
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis halba campur dan ikan bilis hingga harum.
  2. Tumis pula bawang besar, bawang putih dan serbuk kunyit hingga harum.
  3. Masukkan kubis dan cili merah. Tumis rata masukkan air.
  4. Masukkan garam dan Maggi Cukup Rasa. Masak sehingga lembut dan tutup api.

Ketam Masak ala Kam Heong

Bahan-bahan:

2 ekor ketam – dibelah 2, ketuk sepitnya
2 sudu besar tepung jagung
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari ikan Baba's
3 tangkai daun kari – daun sahaja
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili Thai
1/2 sudu besar kicap masin Tamin
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ketam bersama tepung jagung, serbuk kunyit dan garam. Goreng separuh masak, angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan 3 sudu besar sahaja.
  3. Tumis cili kisar hingga pecah minyak, masukkan daun kari, serbuk kari, sos tiram, sos cili Thai dan kicap. Tumis hingga terbit minyak.
  4. Masukkan sedikit air (ikut kepekatan yang dikehendaki). Kacau rata dan masukkan ketam. Gaul rata dan masukkan garam dan MCR (jika perlu). Kacau rata hingga pekat dan tutup api.