Hari Isnin, time dalam kereta, Rayyan minta nasi lemak. Saya diam je, sebab macam malas je hahah... sekali En K pon cakap, ha buat la kari udang letak kacang macam Pak Long buat tu... dengan sambal ikan bilis... makan dengan nasi lemak ...
Nampak gayanya nasi lemak jugak la...
Tapi.... ikan yang beli di Teluk Buih tu kan belum basuh dan simpan elok-elok dalam tupperware kan, so sambil siapkan bahan nak masak, sambil basuh dan rendam limau nipis, saya jadi macam penatnya... so saya decide, buat sambal tumis telur mata dan kari udang dengan kacang buncis, nasi lemak tanpa sambal tumis ikan bilis. Sebab tak larat dah... Habis masak pun nak dekat 9.30 pm, makan pun dah lewat. Ingat tak nak makan, tapi tempting pulak tengok kari udang tu...
Ok la, sapa nak resepi boleh la buat rujukan ya...
Sambal Tumis Telur Mata
Bahan-bahan:
3 biji telur – digoreng mata kerbau
1 biji bawang besar – dihiris kasar
1 keping asam keping
3 sudu besar sos tiram
2 cawan cili kisar (seperti yang saya share)
Gula perang dan garam secukup rasa
1/2 cawan minyak
Air jika perlu
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis separuh bawang besar hingga layu.
- Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga mendidih.
- Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis sehingga pecah minyak dan berkilat.
- Masukkan asam keping, baki bawang besar dan sedikit air. Kacau rata, bubuh garam secukup rasa.
- Setelah ok dan bawang pun layu sedikit, tutup api dan tuangkan ke atas telur goreng tadi.
Nasi Lemak
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
1 cawan beras biasa
3 inci halia – dihiris
3 biji bawang merah – dihiris
1 sudu kecil halba
3 helai daun pandan – disimpul
4 1/2 cawan air
1/2 kotak santan
Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Basuh beras hingga bersih dan masukkan air secukupnya. Biarkan terendam lebih kurang 1/2 jam.
- Kemudian, masukkan bahan-bahan lain, kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
- Setelah masak, gemburkan dengan garpu. Kemudian, tutup semula rice cooker supaya nasi masak sepenuhnya lebih kurang 5 – 10 minit.
Kari Udang dengan Kacang Buncis
Bahan-bahan:
15 ekor udang sederhana besar – dipotong muncung dan ekor, dibuang urat hitam
10 batang kacang buncis – dipotong serong 4 cm
4 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris mancis
1 sudu kecil halba campur
3 tangkai daun kari
1 peket Serbuk Kari Babas (Ikan)
Air secukupnya
1/4 kotak santan
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit gula perang
Garam secukup rasa
4 sudu besar minyak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis halba campur sebentar, diikuti bawang merah, bawang putih dan halia di atas api kecil.
- Sementara itu, bancuh serbuk kari dan daun kari dengan air supaya menjadi pes.
- Setelah tumisan layu, masukkan pes kari dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan air asam jawa dan sedikit air. Kacau rata sehingga mendidih.
- Kemudian, masukkan kacang buncis, gula perang dan garam. Setelah mendidih, masukkan udang, santan dan kacau rata, masak lebih kurang 8 - 10 minit. Jangan terlalu lama, nanti udang keras tak sedap.
- Setelah ok, tutup api.
No comments:
Post a Comment