Tuesday, March 28, 2017

Menu 21.3.2017 (Selasa)

Hari ni, gigih bangun awal sebab nak masak nasi lemak. Bukan apa, kesian kat diorang tu, semalam makan roti canai je, sebab balik rumah dah lambat, lagilah malas nak keluarkan lauk semua tu. Risau diorang lapar pagi ni, tu yang gigih masak nasi lemak. Kat bawah ni resepi nasi lemak cara saya. Frankly speaking, nasi lemak saya masih kategori average. Tak dapat lagi nak buat rasa macam nasi lemak kampung. Tapi takpe kita practice lagi. Tapi kalau sambal, insya allah sedap je pada tekak family saya. Oh, sotong dikelar camtu kesan daripada viral kat MAHN tu... nak jugak ikut.


Nasi Lemak dan Sambal Sotong



Bahan-bahan (nasi lemak):

3 cawan beras basmathi – dibasuh bersih
3 cawan air
1/4 peket santan pekat
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan – disimpul
3 inci halia – diketuk
4 biji bawang merah – dihiris

Bahan-bahan lain:

Hirisan timun Jepun
Telur mata lembu
Ikan bilis goreng

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan di dalam rice cooker dan masak seperti biasa.
  2. Setelah masak, gemburkan nasi dan tutup semula. Biarkan lebih kurang 5 – 10 minit sebelum menghidang.

Bahan-bahan (sambal):


10 ekor sotong – dikelar tanpa putus
1 biji bawang besar – dihiris kasar/bulat
1 keping asam keping
1 1/2 cawan cili kisar
2 sudu besar sos tiram
Gula perang secukup rasa
Garam secukup rasa
Air jika perlu
1/2 cawan minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis separuh bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga pekat dan berkilat.
  4. Masukkan air dan asam keping. Kacau, setelah mendidih, masukkan sotong, bawang dan garam. Jangan masak terlalu lama untuk elakkan sotong liat. Rasa, jika ok, tutup api.



Yang ini pulak stok cili kisar yang memang setiap minggu kena top-up sebab semua kat dalam rumah ni hantu sambal. Cili kisar saya untuk buat sambal memang saya tak letak belacan. Sebabnya? Sebab ada yang resdung dalam rumah ni. Kalau ikut cara mak saya, memang letak belacan. Tapi quite a while juga saya omit belacan dalam cili kisar saya, tapi saya lebihkan bawang besar. Pada saya, ok je tak letak belacan pun. Belacan kat rumah ni memang jarang luak, kecuali saya buat asam pedas atau sambal belacan je baru guna.


Cili Kisar untuk Stok Seminggu

Bahan-bahan:

2 cawan cili kering – dipotong kecil
4 biji bawang besar – dipotong kecil
5 ulas bawang putih – dipotong kecil
Air

Cara-cara:

  1. Untuk membuang sebanyak yang boleh biji cili, saya akan gunakan tapis berlubang besar, dilapik dengan periuk/bekas yang besar sedikit daripada tapis tadi. Kemudian, saya buat macam tampi, so biji cili akan keluar masuk ke dalam periuk tadi. Dah dapat banyak, buang dan ulang lagi sehingga rasa-rasa ok dah. Setakat tinggal sikit2 tu boleh dah la tu.
  2. Rebus cili hingga mendidih, tutup api dan biarkan sejuk sebentar. Kemudian, tapis lagi dan bilas dengan air. Toskan airnya.
  3. Kisar kesemua bahan dengan air secukupnya (agak-agak). Kemudian, tuangkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan di dalam peti sejuk. Gunakan bila perlu.
  4. Cili kisar ni come in handy bila kita nak masak sambal tumis, asam pedas (just tambah kisaran kunyit hidup, halia, serai dan belacan), rendang (tambah kisaran halia, serai, lengkuas, kunyit hidup), untuk tumisan mi/bihun/kueyteow/maggi dan macam-macam lagi la...

No comments: