Monday, March 27, 2017

Dinner 14.3.2017

Assalammualaikum,

Seperti biasa untuk dinner, no idea. Tapi sampai je rumah after work, terus je keluarkan ikan kerisi 2 ekor sedang. Sambil-sambil masak nasi, terus terfikir nak buat sambal berlada, tambah pulak dengan petai. Ok la...boleh la tu

Jom, baca resepi kalau berminat.

Ikan Kerisi Goreng Sambal Berlada Petai



Bahan-bahan:

2 ekor ikan kerisi – dikelar
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
Segenggam petai yang dikupas
3 helai daun limau purut
1 keping asam keping
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa

Bahan-bahan dikisar halus:

3 biji cili merah – dipotong
10 biji cili padi merah + hijau – dipotong
4 ulas bawang putih – dipotong
3 biji bawang besar – dipotong

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 1/2 cawan sahaja. Tumis bahan kisar, masukkan daun limau purut. Tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sedikit air, asam keping, petai, garam dan perasa. Kacau dan tumis lagi hingga pekat dan cukup rasanya.
  4. Tutup api. Letakkan ikan di dalam pinggan dan tuangkan kuah sambal ke atasnya.


Telur Dadar Kubis

Bahan-bahan:

2 biji telur
Sedikit hirisan halus kubis
Sedikit hirisan bawang Holland
1/2 sudu besar sos ikan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak agak banyak. Sementara itu, pukul telur dengan garpu hingga kembang dan berbuih.
  2. Masukkan sos ikan dan pukul lagi.
  3. Masukkan bawang dan kubis.
  4. Tuangkan (dari paras agak tinggi supaya curahan menirus) ke dalam minyak yang panas. Perlahankan api. Setelah garing di bahagian bawah, balikkan dan goreng lagi hingga kuning keemasan.
  5. Toskan minyaknya dan letakkan ke dalam pinggan.

No comments: