Bahan-bahan:
2 ekor ikan bawal emas sederhana besar – dipotong 3
1 batang serai besar – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik
3 helai daun limau purut
1 keping asam keping
6 biji belimbing buluh – dipotong kedua-dua hujungnya
1/2 peket santan segar (atau lebih)
Sedikit air
Garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar halus:
10 biji cili padi hijau – dipotong
3 biji cili padi merah – dipotong
1 inci kunyit – dipotong
2 biji tomato kecil – dipotong
3 biji bawang merah – dipotong
2 ulas bawang putih – dipotong
Cara-cara:
- Masukkan bahan kisar ke dalam periuk yang sesuai. Didihkan.
- Masukkan sedikit air dan santan, kacau rata, perlahankan api.
- Masukkan ikan, daun kunyit, daun limau purut dan serai. Renihkan sambil dikacau sekali sekala untuk mengelakkannya mendidih dan pecah minyak.
- Selepas beberapa minit dan berwap, masukkan belimbing buluh, asam keping dan garam. Kacau rata hingga ikan masak dan belimbing buluh bertukar warna. Rasa dan jika ok, tutup api.
Nota:
- Dapat petua dari seorang kawan, masukkan tomato semasa mengisar bahan lain supaya kuah menjadi pekat dan sedap.
Sayur Tumis Belacan
Bahan-bahan:
1 ikat asparagus – dipotong bahagian keras, kemudian dipotong 5 cm panjang
Segenggam petai yang dikupas
1/4 biji zucchini kuning – dihiris tebal dan dipotong 2
1/4 biji hirisan cili merah
Sedikit sos tiram
Sedikit minyak bijan
Sedikit minyak untuk menumis
Sedikit air
Bahan-bahan ditumbuk kasar:
1 inci belacan – dibakar
3/4 biji cili merah – dipotong
2 ulas bawang putih – dipotong
1 biji bawang merah – dipotong
Sedikit ikan bilis – dibasuh
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan sedikit garing.
- Masukkan sayur-sayuran, besarkan api dan kacau cepat (stir-fry).
- Masukkan sedikit air, sos tiram dan minyak bijan. Kacau cepat beberapa minit dan tutup api.
- Jangan masak terlalu lama, sayur akan lembik dan tidak crunchy.
- Angkat dan hidangkan.
My diet portion – I try :)