Ikan Kerisi Sambal Taucu
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerisi – dikelar
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
1 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
2 hirisan nipis halia – dihiris halus
1/2 bungkus taucu
1 biji cili merah – dibelah tak putus
5 biji cili padi – dibelah tak putus
Sedikit kicap manis
Hirisan bulat bawang besar
Cara-cara:
- Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum.
- Kemudian, masukkan taucu, kicap manis, hirisan bawang besar, cili merah dan cili padi. Masukkan juga sedikit air. Kacau hingga mendidih dan tutup api.
- Tuangkan ke atas ikan.
Sambal Tumis Sotong
Bahan-bahan:
10 ekor sotong kecil – dibersihkan
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1 keping asam keping
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Garam dan gula merah secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan dikisar halus:
Segenggam cili kering – dipotong dan direbus
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga mendidih. Masukkan gula merah dan tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram dan tumis seketika. Kemudian, masukkan sotong dan bawang besar.
- Kacau rata, masukkan garam. Setelah mendidih, tutup api.
Bayam Masak Air
Bahan-bahan:
1/2 ikat bayam hijau – disiang
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
Segenggam ikan bilis – dibersihkan
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Garam jika perlu
1 biji cili merah – dihiris
Air secukupnya
Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan didihkan beberapa minit hingga sayur masak. Tutup api.
No comments:
Post a Comment