Nasi Lemak
Bahan-bahan untuk nasi:
3 cawan beras + 2 cawan beras basmathi – dibasuh bersih
5 cawan air
3 inci halia – dikupas dan diketuk
3 biji bawang merah – dihiris
3 helai daun pandan – disimpul
1 sudu kecil halba
1 batang kulit kayu manis
1/2 kotak santan KARA
Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Satukan kesemua bahan dan masak seperti biasa menggunakan rice cooker.
- Setelah masak, gemburkan dan biarkan bertutup selama 5 – 10 minit sebelum dihidangkan.
- Hidangkan bersama telur rebus, hirisan timun dan sambal tumis ikan bilis.
Bahan-bahan untuk sambal tumis:
1 cawan ikan bilis yang sudah dikopek – dibasuh bersih dan ditoskan
2 biji bawang besar – dihiris nipis
1 keping asam keping
3 sudu besar sos tiram
4 sudu kecil gula merah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air jika perlu
Bahan-bahan dikisar halus:
2 cawan cili kering yang dipotong kecil – direbus dan dibasuh bersih
3 biji bawang besar – dipotong kecil
4 ulas bawang putih – dipotong
Air secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan minyak (lebih kurang 1/2 cawan). Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Gunakan minyak yang sama. Tumis bawang hiris hingga harum dan layu.
- Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis hingga mendidih, masukkan gula merah dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak sambil dikacau selalu.
- Masukkan air jika perlu dan asam keping. Tumis lagi hingga mendidih.
- Masukkan ikan bilis dan garam. Rasa, sekiranya cukup masam, boleh keluarkan asam keping. Kacau hingga kuah sedikit pekat dan tutup api.
No comments:
Post a Comment