Asam Pedas Ikan Bawal Emas
Bahan-bahan:
1 ekor ikan bawal emas – dipotong 3
1 batang serai – diketuk
2 helai daun limau purut
2 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan – dibelah 2
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar pes asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan-bahan dikisar halus:
Segenggam cili kering – dipotong kecil dan direbus
1 batang serai – dipotong
2 inci halia – dipotong
1 inci lengkuas – dipotong
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Cara-cara:
- Panaskan minyak (lebih kurang 1 senduk). Tumis halba hingga naik bau, kemudian masukkan serai dan bahan kisar, serbuk kunyit dan lada hitam. Tumis hingga pecah minyak, ketika ini sekiranya minyak terlalu banyak, boleh keluarkan.
- Masukkan air dan pes asam jawa. Kacau rata. Setelah mendidih, masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan daun limau purut.
- Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Tutup api.
Tumis Kacang Panjang dan Tauhu Telur
Bahan-bahan ditumbuk:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi
Bahan-bahan:
10 urat kacang panjang – dipotong 5 cm
1 tiub tauhu telur – dihiris bulat
1/2 batang lobak merah – dihiris bulat
1/2 biji cili merah – dihiris
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Goreng tauhu telur perlahan-lahan supaya tidak pecah hingga garing kedua-dua belahnya. Angkat dan ketepikan.
- Dengan menggunakan minyak yang sama, tinggalkan dalam 1 sudu besar sahaja. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Masak hingga lembut.
- Masukkan sos tiram dan perasa. Kacau rata, akhir sekali masukkan tauhu telur. Kacau perlahan dan tutup api.
No comments:
Post a Comment