Wednesday, June 10, 2015

Ayam Kampung Masak Sambal Serai

Sumber: mrskojiwami (revised version)



Bahan-bahan:
5 ketul ayam kampung
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan lain:
3/4 peket cili boh
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
1/2 cawan air
1 biji bawang besar - dihiris kasar/dipotong bulat
2 batang serai - diketuk

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Setelah minyak panas, goreng ayam 3/4 masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, jika terlalu banyak, keluarkan hingga tinggal dalam 3/4 senduk kecil sahaja.
  3. Tumis serai dan bawang besar hingga naik bau dan sedikit layu.
  4. Masukkan cili boh, gula perang dan sos tiram. Perlahankan api dan tumis hingga pecah minyak.
  5. Masukkan air dan kacau. Setelah mendidih, masukkan ayam goreng. Tutup kuali dan biarkan merenih hingga kuah menjadi sedikit pekat sambil dikacau sekali-sekala. Akhir sekali, masukkan garam jika perlu dan balik-balikkan. Setelah rata kesemuanya, tutup api dan sedia dihidangkan.

No comments: