Friday, March 27, 2015

Menu Saturday 21.3.2015

Kari Ayam Kampung




Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:
12 ketul ayam kampung
1 biji kentang - dibelah 8
1 tangkai daun kari - ambil daunnya
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang kecil - dihiris halus
2 ulas bawang putih - dihiris halus
1 inci halia - dihiris halus
1 peket kecil serbuk kari daging Babas
2 sudu besar rempah gulai Cap Bunga Ros
1 sudu besar rempah masak Cap Bunga Ros
1 sudu besar kerisik
1/4 kotak kecil santan
Air secukupnya
Garam secukup rasa
1 sudu besar pes asam jawa
5 sudu besar minyak masak


Cara-cara:
  1. Panaskan minyak di dalam periuk. Sementara itu, bancuh serbuk kari, rempah gulai, rempah masak dan daun kari dengan sedikit air hingga menjadi pes. Ketepikan.
  2. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga sebentar kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu dan wangi.
  3. Setelah agak garing, masukkan pes rempah. Perlahankan api dan tumis hingga terbit minyak. Kacau selalu supaya rempah tidak hangit.
  4. Setelah garing, masukkan ayam dan kentang. Gaul rata sehingga air ayam keluar.
  5. Masukkan air hingga menutupi paras ayam dan kacau rata. Tutup periuk supaya ayam dan kentang empuk, sambil kacau sekali sekala.
  6. Setelah mendidih dan ayam nampak empuk, masukkan kerisik, asam jawa dan santan. Kacau rata dan tutup sekali lagi.
  7. Setelah mendidih, masukkan garam dan sesuaikan rasa. Selepas beberapa minit, tutup api.

No comments: