Sumber: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 peket laksa beras (kering) – direndam semalaman, kemudian dicelur hingga lembut, ditoskan
5 biji telur – direbus dan dibelah 2
5 biji limau kasturi – dibelah 2
1/2 ikat daun selom – dihiris halus
1/2 biji timun Jepun – dihiris halus
1 biji cili merah – dihiris halus
5 biji cili padi – dihiris halus
1 biji bawang besar – dihiris halus
Kuah Laksa
6 ekor ikan sardin – dibersihkan
6 ekor ikan kembung – dibersihkan
3 keping asam keping
Air untuk merebus secukupnya
1 kuntum bunga kantan – dibelah 2
1 ikat daun kesum – ambil daun sahaja
Garam secukup rasa
Sedikit Ajinomoto
Bahan-bahan dikisar halus:
2 batang serai – dipotong kecil
Segenggam cili kering – dipotong kecil dan dibuang biji
2 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih - dipotong kecil
2 inci belacan - dibakar
Cara-cara:
- Sediakan periuk yang besar. Masukkan air, asam keping, ikan sardin dan ikan kembung. Rebus hingga ikan masak. Keluarkan asam keping.
- Keluarkan ikan, toskan airnya. Asingkan isi dan tulang dengan menggunakan garpu. Jika ikan sudah sejuk, boleh gunakan tangan. Pastikan tangan bersih.
- Sediakan periuk yang lain. Tapiskan air rebusan ke dalam periuk, masukkan semula asam keping. Jerang di atas api perlahan.
- Sementara itu, kisar isi ikan dengan air secukupnya hingga halus, kemudian tapiskan ke dalam periuk air rebusan tadi.
- Ambil pula tulang/kepala ikan tadi dan kisar dengan air secukupnya hingga halus. Tapiskan ke dalam periuk air rebusan tadi. Buang sisa tulang tadi.
- Masukkan pula bahan kisar, bunga kantan dan daun kesum. Jerang kuah hingga berbau wangi dan memekat (tambah air jika perlu).
- Setelah mendidih, masukkan garam dan Ajinomoto, perasakan secukupnya. Tutup api setelah rasanya ok.
- Untuk menyediakannya, masukkan laksa beras ke dalam mangkuk, tuangkan kuah secukupnya dan taburkan bahan-bahan mentah dan telur rebus.
No comments:
Post a Comment