Wednesday, July 18, 2018

Birthday Qayyum ke-11 - 15 Julai 2018



Kek Coklat Moist

Sumber: FB

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan kek:

1 cawan tepung gandum*
1 sudu kecil serbuk bikarbonat*
1 sudu kecil serbuk penaik*
1/2 cawan serbuk koko*
1 sudu kecil serbuk vanila*
1/2 cawan gula
1/2 cawan air panas
1/2 cawan susu pekat
1 biji telur gred A
Sedikit marjerin

Bahan-bahan topping:

3 sudu besar (membukit) serbuk koko
1 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair (atau lebih jika terlalu pekat)
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

  1. Untuk membuat kek, panaskan pengukus terlebih dahulu.
  2. Griskan acuan bersaiz 7 inci dengan marjerin dan lapikkan bahagian bawah dengan kertas baking (potong ikut bentuk acuan). Ketepikan.
  3. Kemudian, satukan kesemua bahan kecuali marjerin dan kacau menggunakan senduk atau whisk hingga tidak berketul.
  4. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 35 minit atau sehingga masak. Keluarkan dan biarkan sejuk, kemudian sisipkan spatula di bahagian tepi kek untuk merenggangkannya. Kemudian, terbalikkan ke atas pinggan hidangan.
  5. Untuk membuat topping, sediakan satu periuk kecil dan didihkan air.
  6. Dalam bekas tahan panas (yang agak-agak muat dengan saiz periuk), satukan kesemua bahan, rasa manisnya (jika kurang boleh tambah susu pekat) dan letakkan ke atas periuk tadi (kaedah double boil). Kacau hingga agak pekat. Alihkan dari periuk untuk sejuk sedikit.
  7. Apabila kek sudah sejuk, curahkan topping ke atasnya. Jika suka, boleh taburkan chocolate rice selepas 30 minit topping dicurahkan.



Tempe, Kentang dan Ikan Bilis Cili Padi

Bahan-bahan:

1 peket tempe – dihiris nipis
1 biji kentang – dihiris nipis
Segenggam ikan bilis – dibilas dan ditoskan
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar kering:

Segenggam cili padi hijau dan merah – dipotong
1 biji bawang besar – dipotong
5 ulas bawang putih – dipotong

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul tempe dan kentang berasingan dengan serbuk kunyit dan garam. Ketepikan.
  2. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat, toskan dan ketepikan.
  3. Goreng tempe hingga garing diikuti dengan kentang. Angkat, toskan dan ketepikan.
  4. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak dan masukkan garam dan MCR sedikit sahaj dulu.
  5. Masukkan ikan bilis, tempe dan kentang. Gaul rata, sesuaikan rasa. Angkat dan hidangkan.



No comments: