Jom tengok menu dan resipi sahur dan berbuka hari ni.
Mihun Goreng
Bahan-bahan:
1/2 peket mihun – direndam hingga lembut dalam air suam, ditoskan
2 biji telur
1/2 ikat kucai – dipotong 4 cm panjang
1/2 senduk kecil minyak
1/2 senduk kecil cili kisar
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
Kicap manis dan kicap cair secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya
Sedikit air
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau-kacau hingga masak. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Tumis pula cili kisar hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos cili dan kacau rata.
- Masukkan mihun dan kucai. Kacau rata.
- Tuangkan kicap manis dan kicap cair dan kacau rata.
- Masukkan kucai, garam, air dan MCR jika perlu. Kacau rata hingga mihun betul-betul lembut dan masak.
- Akhir sekali, masukkan telur goreng dan kacau rata. Angkat dan hidangkan.
Ikan Patin Gulai Tempoyak
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin - dipotong beberapa bahagian
1 batang serai – diketuk
1 kuntum bunga kantan – dibelah 2
3 tangkai daun kesum – ambil daun sahaja
1/2 biji zucchini hijau (ganti timun) – dipotong jejari lebar-lebar
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
3 – 4 sudu besar tempoyak
Air secukupnya
Bahan-bahan ditumbuk:
1 biji cili merah
5 biji cili padi merah
1 inci kunyit
Cara-cara:
- Masukkan air, tempoyak, asam keping dan bahan tumbuk ke dalam periuk dan kacau rata.
- Jerang hingga mendidih, keluarkan asam keping. Masukkan bahan-bahan lain, perlahankan api. Renih hingga mendidih sambil kacau sekali-sekala perlahan-lahan untuk elakkan ikan hancur.
- Rasa, jika sudah ok dan kuah tidak terlalu cair, tutup api.
Ikan Patin Masak Lemak Cili Padi
1 ekor ikan patin sederhana – dipotong beberapa bahagian, kepala dibelah 2
10 biji belimbing buluh – dipotong hujungnya
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik
3 helai daun limau purut
1 keping asam keping
1/2 kotak santan
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar halus:
1 inci kunyit
4 biji tomato ceri
15 biji cili padi merah + hijau
Cara-cara:
- Masukkan bahan kisar dan 1/2 cawan air ke dalam periuk. Kacau dan panaskan.
- Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan lain. Perlahankan api dan kacau perlahan supaya ikan tidak hancur.
- Rasa, setelah kuah agak pekat, tutup api.
No comments:
Post a Comment