Jom tengok resipi hari ni.
Kuey Teow Goreng Simple
Sahur: Kuey teow goreng
Bahan-bahan:
1 peket besar kuey teow Cap Kunci (plastik merah) – dibilas untuk hilangkan minyaknya
2 biji telur
1 ikat kucai – dipotong 4 cm panjang
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
5 biji tomato ceri – dibelah 4
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos tiram
Kicap manis + kicap cair secukupnya
Maggi Cukup Rasa secukupnya
1/2 senduk kecil minyak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Goreng telur hancur, angkat, toskan minyaknya dan ketepikan.
- Tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu.
- Masukkan tomato dan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak, kemudian masukkan sos cili dan sos tiram. Kacau lagi sebentar.
- Setelah mendidih dan pecah minyak, masukkan kuey teow, kucai dan MCR. Goreng rata, tuangkan kicap manis dan kicap cair. Kacau rata.
- Akhir sekali, masukkan telur dan gaul rata. Tutup api.
Ikan Patin Masak Tempoyak (Lagi!)
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin potongan ikan patin
1 kuntum bunga kantan – dibelah 2
3 tangkai daun kesum – ambil daunnya sahaja
1 batang serai – diketuk
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar halus:
1 biji cili merah
5 biji cili padi merah
1 inci kunyit
4 sudu besar tempoyak
Sedikit air
Cara-cara:
- Masukkan kesemua bahan kecuali garam ke dalam periuk dan jerang di atas api sederhana.
- Kacau sekali-sekala perlahan-lahan untuk elakkan ikan lerai.
- Akhir sekali, masukkan garam. Setelah mendidih dan ikan masak, tutup api.
Nasi Goreng Kampung
Bahan-bahan:
3 cawan nasi sejuk – digembur
1/2 ikat kangkung – disiang
Garam dan Maggi Cukup Rasa
1/2 senduk kecil minyak
2 biji telur
Bahan-bahan ditumbuk/dikisar kasar:
1/2 cawan ikan bilis – dibasuh
1 inci belacan
10 biji cili padi hijau
2 ulas bawang putih
3 biji bawang merah
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi dan garing.
- Masukkan garam dan MCR, diikuti dengan nasi dan kangkung. Kacau rata.
- Buat lubang di bahagian tengah, pecahkan telur dan kacau sedikit.
- Setelah telur agak mengeras, kacau rata bersama nasi beberapa minit. Setelah rata, tutup api.
Ayam Goreng Kunyit
Bahan-bahan:
3 ketul isi ayam – dipotong kiub
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam dan Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menggoreng
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
7 batang kacang buncis – dipotong serong 4 cm
1 biji cili merah – dihiris kasar
1/2 biji bawang Holland – dihiris kasar
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam, tepung beras, sedikit garam dan MCR. Goreng hingga garing.
- Angkat dan toskan minyaknya.
- Tinggalkan 1 sudu besar minyak sahaja.
- Tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi.
- Masukkan kacang buncis dan cili merah. Tumis sebentar hingga sedikit layu.
- Masukkan semula ayam goreng dan kacau rata. Angkat dan hidangkan.
Cekodok Pisang
Bahan-bahan:
8 biji pisang emas – dilecek
3 sudu besar gula
Secubit garam
1 sudu kecil esen vanila (tak letak pun takpe)
Tepung gandum secukupnya
1 sudu kecil soda bikarbonat
Cara-cara:
- Panaskan minyak agak banyak.
- Sementara itu, campurkan kesemua bahan hingga sebati menggunakan tangan.
- Jemput sedikit ke dalam minyak masak dan goreng hingga keperangan.
- Angkat dan toskan minyaknya.
No comments:
Post a Comment