Jom tengok resipi.
Sambal Tumis Sardin
Bahan-bahan:
1 tin kecil sardin Cap Ayam
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1 inci halia – dihiris mancis
2 sudu besar sos tiram
1 senduk kecil cili kisar
1 keping asam keping
1 tin (sardin) air
Garam secukup rasa
2 sudu besar minyak
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga mendidih.
- Masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan air, asam keping, sardin, cili padi dan bawang besar.
- Setelah mendidih, masukkan garam dan rasa. Jika ok dan kuah sedikit pekat, tutup api.
Ikan Kerisi Sambal Hijau
Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerisi sederhana – dikelar
Sedikit serbuk kunyit dan garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
3 tangkai daun kesum – ambil daun sahaja
Maggi Cukup Rasa/garam secukup rasa
Bahan-bahan dikisar:
2 biji bawang besar – dipotong
5 ulas bawang putih – dipotong
20 biji cili padi merah dan hijau
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga garing. Angkat, toskan minyak dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
- Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 3/4 senduk kecil.
- Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan Maggi Cukup Rasa dan daun kesum. Kacau rata dan tutup api.
- Sendukkan ke atas ikan goreng tadi.
Golden Butter Chicken
Adapted from: www.maggi.com.my
Bahan-bahan:
5 ketul isi ayam – dipotong dadu
3 sudu besar tepung beras
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng
2 biji telur masin – dibersihkan dan direbus
5 ulas bawang putih – dicincang
5 biji cili padi merah – dihiris
3 tangkai daun kari – daun sahaja
1/2 tin susu cair
Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar mentega + 1 sudu kecil minyak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Gaul ayam dengan tepung beras dan garam. Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Lenyek kuning telur masin hingga hancur. Ketepikan.
- Dalam kuali berasingan, panaskan mentega dan minyak (boleh gunakan minyak gorengan tadi).
- Tumis cili padi hingga harum, kemudian masukkan daun kari dan cili padi. Tumis lagi.
- Masukkan kuning telur masin dan tumis rata.
- Masukkan susu cair (tambah jika perlu) dan kacau.
- Setelah mendidih, masukkan MCR dan ayam. Kacau hingga pekat dan tutup api.
Sayur Campur
Bahan-bahan:
1 batang king mushroom – dihiris memanjang
3 batang kacang buncis – dihiris serong
1/4 batang carrot – dihiris jejari
1/4 pokok bunga kubis – dipotong kecil
1/2 biji cili merah – dihiris serong
2 ekor sotong – dihiris bulat
3 ekor udang – dibuang urat hitam
1 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – diketuk
1 sudu besar sos tiram
Maggi Cukup Rasa secukupnya
Sedikit air
Sedikit minyak
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang kecil hingga wangi.
- Masukkan king mushroom, kacang buncis, bunga kubis, carrot dan tumis sebentar.
- Masukkan sotong, udang dan air. Kacau dan masukkan sos tiram dan MCR.
- Kuatkan api, kacau dan masukkan cili merah. Setelah masak, tutup api.
Kuih-muih dari bazar Ramadan. Karipap je homemade.
No comments:
Post a Comment