Alhamdulillah berjaya mengharungi hari pertama berpuasa Ramadan tahun ni. Since it was a Saturday, dapat la masak proper sikit. Ikan siakap tu dah seminggu lebih bertapa dalam icebox. En. K pulak masa beli tak minta potong terus, bawak balik sekor besar memang tak muat tupperware. So awal-awal lagi dah keluarkan untuk defrost, pastu potong dua. Sebab dalam rumah ni ada yang tak minat steamed fish yakni En. K. So memang buat 2 jenis masakan. Separuh buat sweet and sour, separuh lagi steam.
Jom la tengok resipi.
Ikan Siakap Masak Sos
Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan siakap (besar) – dikelar
Serbuk kunyit, Maggi Cukup Rasa, garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan sos:
1 helai daun pandan – disimpul
3 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
2 inci halia – dihiris mancis
10 biji cili padi – dihiris
1 batang serai bahagian putih sahaja – dihiris nipis
1/2 kuntum bunga kantan – dihiris halus
1 batang akar ketumbar
1 senduk cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
Sedikit Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya
Hiasan:
Daun ketumbar yang dipotong
Cara-cara:
- Panaskan minyak yang banyak. Sementara itu, lumur ikan dengan serbuk kunyit, Maggi Cukup Rasa dan garam rata-rata. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Letakkan di dalam pinggan hidangan. Ketepikan.
- Untuk membuat sos, keluarkan minyak gorengan ikan dalam 1 senduk kecil. Tumis daun pandan hingga wangi dan masukkan bawang putih, bawang Holland, cili padi, serai dan bunga kantan. Tumis hingga layu dan sedikit garing.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan sos cili dan tumis lagi hingga mendidih.
- Masukkan air (terpulang hendak banyak kuah atau sedikit sahaja) dan akar ketumbar. Kacau dan setelah mendidih, masukkan sos ikan dan Maggi Cukup Rasa. Kacau hingga kuah agak pekat dan tutup api.
- Sendukkan sos ke atas ikan goreng tadi dan tabur daun ketumbar. Sedia dihidangkan.
Ikan Siakap Kukus Limau
Bahan-bahan:
1/2 ekor ikan siakap (besar)
Sedikit Maggi Cukup Rasa
2 ulas bawang putih – dicincang
10 biji cili padi – dihiris
3 inci halia – dihiris mancis
1 senduk sos ikan
5 biji limau nipis – ambil jusnya
1/4 cawan air
1 batang akar ketumbar
1 pokok daun ketumbar – diracik kasar
Cara-cara:
- Sediakan pengukus. Panaskan air dalam pengukus.
- Lumur ikan dengan Maggi Cukup Rasa dan letakkan dalam pinggan pengukus. Taburkan bawang putih, cili padi, halia, akar ketumbar dan separuh daun ketumbar.
- Tuangkan sos ikan, jus limau nipis dan air.
- Setelah air kukusan mendidih, letakkan pinggan berisi ikan dan tutup. Kuatkan api dan kukus ikan selama 15 minit atau sehingga masak (jangan overcook).
Terung Goreng Belacan
Bahan-bahan:
1/2 biji terung ungu besar – dipotong ikut suka
Sedikit minyak untuk menumis
Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Bahan-bahan ditumbuk kasar:
1/4 cawan udang kering – direndam
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
5 biji cili padi
1/4 inci belacan
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing.
- Masukkan terung dan tumis sebentar. Masukkan air dan kacau hingga terung separuh lembut.
- Masukkan sos tiram dan perasa. Masak sehingga terung betul-betul empuk dan tutup api.
No comments:
Post a Comment