Edisi tertunggak :).
Masa tu dok bincang-bincang dengan officemates pasal kerabu perut, terus la dapat idea nak buat. So balik dari office, kebetulan hari Isnin, singgah pasar malam dekat rumah tu. Beli perut 1/2 kg RM10. Pastu round depan sikit nampak pulak pucuk paku. Beli seikat RM2.
Untuk resepi ni, saya google je, campur-campur mana yang sesuai termasuk dari resepi mak saya. Gigih buat pagi-pagi buta sebab dah janji dengan officemates nak bawa.
Ayam masak kicap pulak menu dinner.
Jom tengok resepi.
Kerabu Perut
Bahan-bahan:
3 cawan taugeh – dicuci bersih
1 ikat pucuk paku – disiang, buang batang keras
1/2 kg perut lembu putih – direbus hingga empuk
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar jus limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Bahan-bahan ditumbuk:
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 biji cili padi
Sedikit belacan
Cara-cara:
- Sediakan 1 periuk air. Jerang hingga mendidih.
- Setelah mendidih, celur taugeh selama 1 – 2 minit sahaja, angkat dan toskan airnya.
- Celur pula pucuk paku. Toskan airnya.
- Untuk perut, setelah empuk, cuci semula dan toskan airnya. Setelah agak sejuk, hiris ikut ketebalan yang disukai.
- Dalam mangkuk yang besar, satukan bahan tumbuk, kerisik, jus limau nipis, garam dan gula. Kacau rata, kemudian masukkan bahan-bahan lain. Gaul rata. Sedia dihidangkan.
Ayam Kampung Masak Kicap
Bahan-bahan:
10 ketul ayam kampung
1 biji kentang – dipotong 6 (wedges)
Sedikit garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris mancis
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
5 biji cili padi – dibelah tanpa putus
2 sudu besar cili kisar
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar sos tiram
Kicap ABC, kicap masin Tamin secukup rasa
Sedikit pes asam jawa
Air secukupnya
Sedikit Maggi Cukup Rasa
Garam jika perlu
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dan kentang dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian, goreng kentang hingga keperangan, angkat dan toskan minyaknya. Goreng ayam pula 3/4 masak. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
- Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 1 senduk sahaja. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih hingga harum.
- Kemudian, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu.
- Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan sos tiram, kicap ABC dan kicap Tamin. Kacau rata. Setelah mendidih, masukkan air (agak-agak nak kuah banyak mana, kicap boleh tambah lagi jika rasa tak cukup).
- Setelah mendidih, masukkan ayam, pes asam jawa, perasa dan garam. Masukkan juga cili padi dan bawang besar. Kacau rata, biarkan merenih. Rasa. Jika ok dan mendidih, tutup api. Masukkan kentang dan gaul. Angkat dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment