Hari ni ada sikit rajin, so kelar-kelar sotong, and the outcome adalah bunga-bunga sotong, haha. Padahal masak sambal tumis je. Ayam kampung tu pulak, tak tau nak masak apa. Mula-mula nak buat ala pakapau je, so suruh la Rayyan tolong petikkan daun selasih kat depan rumah. Dapatlah 1/2 bekas juga. Tapi ... kentang ada tu, kalau tak pakai nanti bertunas pulak sebab dah beli seminggu kot. Nak buat kari, baru je lepas masak kari ikan hari tu. Nak buat kurma, tak ada rempah. Aduiii... dilema betul bila barang dapur kehabisan stok ni. Last-last buat la masak lemak cili padi, tapi En K kurang sikit, tapi Qayyum dan Qimie suka giler. Memang dalam dilema la, nak memenuhi citarasa semua orang, tu tak termasuk citarasa sendiri, yang kadang-kadang terpaksa la dikorbankan sebab tak ada orang yang suka citarasa kita kan.
Ok la, jom la tengok resipi walaupun dah berulang-ulang type.
Sambal Tumis Sotong
Sambal Tumis Sotong
Bahan-bahan:
1/2 kg sotong – dibuang kulit, dipotong bulat dan dipotong separuh sekelilingnya
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
2 senduk kecil cili kisar (prepared)
1 sudu besar sos tiram
2 cm gula Melaka
1/4 cawan air
1/2 senduk kecil minyak
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil pes asam jawa
Cara-cara:
- Panaskan minyak, tumis separuh bawang Holland hingga layu. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga mendidih.
- Masukkan gula Melaka dan tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan sos tiram dan tumis lagi.
- Masukkan air, pes asam jawa dan masak hingga mendidih.
- Masukkan sotong dan baki bawang Holland. Kacau rata, masukkan garam dan masak hingga sotong masak tapi jangan lama sangat, nanti sotong liat. Tutup api.
Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi
Ayam Kampung Masak Lemak Cili Padi
Bahan-bahan:
10 ketul ayam kampung
1 biji kentang – dipotong 8
1 helai daun kunyit
1 batang serai – diketuk
1/2 kotak santan
1/2 cawan air
Garam secukup rasa
1 keping asam keping
Bahan-bahan dikisar halus:
15 biji cili padi
1/2 biji cili merah
5 biji tomato ceri
1 inci kunyit
3 biji bawang merah
Sedikit air
Cara-cara:
- Sediakan periuk, masukkan ayam, air, serai, daun kunyit dan bahan kisar. Kacau. Panaskan di atas api sederhana hingga mendidih dan ayam mengecut.
- Masukkan kentang dan santan. Kacau rata, jaga api, jangan biarkan meruap kalau tak santan pecah.
- Masukkan garam dan asam keping. Bila berwap kacau, masak hingga kentang empuk dan kuah sedikit pekat. Rasa, jika ok, tutup api.
No comments:
Post a Comment