Wednesday, May 17, 2017

Tak ingat bila

Assalammualaikum,

Boleh tajuk macam tu? Ni semua sebenarnya sebab dah lama terperap dalam draft, then gambar ori dalam phone dah lama removed so I can't remember when did I cook all these.

Anyway, straight to the recipes.

Sandwic Telur

Bahan-bahan:

Kepingan roti putih/wholemeal
Butter
Daun salad – dicuci dan dilap kering dengan kitchen towel
Cheese slices
4 biji telur rebus – dihancurkan/dilecek
Mayonis
Sedikit garam halus
Sedikit serbuk lada hitam

Cara-cara:

  1. Sapu butter pada roti. Ketepikan.
  2. Masukkan mayonis, garam dan lada hitam pada telur dan gaul rata.
  3. Ambil sekeping roti, letakkan cheese dan salad. Letakkan 1 sudu besar campuran telur dan ratakan. Tutup dengan sekeping roti lagi.
  4. Dengan menggunakan pisau roti, potong kesemua bahagian tepi roti kemudian potong segi tiga 2 kali. Ulang sehingga habis.




Ayam Goreng ala Pakapau

Bahan-bahan:

1 mangkuk ketulan ayam
Serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
3 pokok daun selasih – dilurut
2 sudu besar sos tiram
Maggi Cukup Rasa (secukup rasa)
5 biji cili padi – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan minyaknya.
  2. Keluarkan minyak hingga tinggal 1 sudu besar sahaja. Tumis bahan tumbuk hingga harum dan masukkan sos tiram.
  3. Setelah sedikit garing, masukkan ayam, perasa dan daun selasih. Gaul rata dan tutup api.




Gulai Lemak Pucuk Paku dan Ikan Masin

Bahan-bahan:

1 ikat pucuk paku – disiang daun dan bahagian lembut sahaja
3 keping potongan ikan kurau masin – dibasuh bersih
2 biji terung – dipotong ikut suka
1 keping asam keping
1/2 kotak santan
1/4 air
1 batang serai – diketuk
Garam secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:

3 biji bawang kecil – dipotong kecil
5 biji cili padi
1 inci kunyit

Cara-cara:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali garam ke dalam periuk. Didihkan di atas api perlahan sehingga berwap. Kacau selalu untuk elakkan santan pecah.
  2. Setelah mendidih, masukkan garam (rasa dahulu). Setelah ok dan mendidih, tutup api.




Salad dan kubis ungu


Sambal Tumis Ayam

Bahan-bahan:

7 ketul ayam
Garam dan serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
2 senduk cili kisar
2 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
Sedikit air
1 keping asam keping
1 batang serai – diketuk
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng 3/4 masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggalkan dalam 3/4 senduk sahaja. Tumis serai dan cili kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan air dan asam keping. Kacau rata hingga mendidih.
  4. Masukkan ayam, kacau rata. Masukkan garam dan perasa secukupnya. Gaul rata hingga kuah sedikit pekat dan tutup api.



Masalodeh

Bahan-bahan:

2 cawan kacang parpu – direndam at least 4 jam (saya rendam dari pagi dan buat petang)
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 biji cili merah – dicincang
4 tangkai daun kari
1 sudu besar jintan manis
1 biji telur (optional)
Garam dan Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Kacang parpu yang telah direndam dicuci bersih dan dikisar 3/4 halus bersama daun kari.
  2. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan campurkan dengan bahan-bahan lain. Rasa garamnya.
  3. Panaskan minyak. Sementara itu, ambil segenggam adunan, kepal-kepalkan kemudian tekan sedikit. Goreng hingga coklat keemasan. Angkat dan toskan minyaknya.






No comments: