Olahan: mrskojiwami
Bahan-bahan:
1/2 peket bihun Faiza – direndam hingga lembut di dalam air biasa, kemudian dicelur sekejap, toskan
Bawang goreng
1 ikat sawi bunga – dipotong 5 cm panjang, dicelur, ditoskan
Hirisan daun sup
Sambal Cili Kicap
Bahan-bahan:
10 biji cili padi
2 ulas bawang putih – dikupas
Kicap manis + kicap masin secukupnya
1 biji limau kasturi – diambil jusnya
Cara-cara:
Kisar kesemua bahan hingga halus.
Kuah Sup
Bahan-bahan:
Segenggam ikan bilis – dibuang tulang, dibasuh bersih
6 ketul kaki ayam – dibuang bahagian kuku
2 ketul kiub ikan bilis
10 biji fish ball
Air untuk merebus secukupnya
5 biji bawang merah – dihiris halus
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
Sedikit minyak untuk menumis
Garam (jika perlu)
Cara-cara:
- Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga keperangan. Ketepikan (termasuk minyaknya).
- Sediakan periuk yang sesuai, rebus ikan bilis dan air lebih kurang 1/2 jam di atas api kecil.
- Keluarkan ikan bilis (jika suka) atau biarkan saja di dalam air rebusan.
- Masukkan pula kiub ikan bilis dan kaki ayam. Rebus lagi hingga kaki ayam empuk.
- Masukkan fish ball dan tumisan bawang tadi. Kacau rata, perasakan secukupnya. Setelah mendidih, tutup api dan sedia dihidangkan.
- Semasa menghidang, masukkan bihun yang sudah dicelur ke dalam mangkuk. Letakkan sawi dan tuangkan kuah sup.
- Kemudian, taburkan bawang goreng dan letakkan sambal cili kicap.
No comments:
Post a Comment