Bahan-bahan:
Beberapa ketul kaki dan leher ayam – dipotong kecil
1 biji kentang – dipotong kiub
1 biji terung panjang – dipotong jejari
1/2 biji lobak merah – dipotong jejari
4 urat kacang panjang – dipotong 5 cm panjang
1 biji tomato – dipotong 6 berbaji
1 tangkai cili hijau – dibelah 2 tanpa putus
3 sudu besar kacang dal – direndam semalaman
5 cawan air
1 1/2 peket serbuk kari ikan Baba’s
3/4 kotak santan Ayam’s Brand
1/2 sudu teh pes asam jawa Adabi
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
1 pokok daun ketumbar – dicincang kasar, akar dibasuh bersih
Bahan-bahan tumis:
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
4 tangkai daun kari – dilurutkan
4 tangkai cili kering – dipotong 4 cm panjang
3 biji bawang merah – dihiris nipis
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 inci halia – dihiris mancis
2 sudu besar marjerin Planta
3 sudu besar minyak masak
Cara-cara:
- Rebus kacang dal bersama air hingga kembang dan empuk. Tambah air jika perlu (agak-agak). Setelah empuk, masukkan ketulan ayam dan kentang dan rebus lagi hingga empuk.
- Setelah kentang lembut, masukkan lobak merah, akar ketumbar dan serbuk kari. Kacau rata dan biarkan hingga lobak merah lembut.
- Masukkan kacang panjang, terung, tomato, santan, pes asam jawa, cili hijau, garam dan MCR. Kacau rata.
- Sementara itu, di dalam kuali berasingan, panaskan marjerin dan minyak. Kemudian, tumis bahan-bahan tumis hingga agak garing.
- Setelah sayur-sayuran lembut, tuangkan bahan tumis ke dalam periuk. Kacau rata dan sesuaikan rasa.
- Tutup api dan taburkan hirisan daun ketumbar. Kacau sedikit dan hidangkan.
No comments:
Post a Comment