Masak Lemak Kuning Labu dan Udang
Bahan-bahan:
8 ekor udang sederhana – dibuang urat hitam
1/2 biji labu – dipotong kiub
3 urat kacang panjang – dipotong serong 5 cm panjang
1 batang serai – diketuk
1 helai daun kunyit – diracik
1/2 cawan air
3/4 kotak santan
1 keping asam gelugur
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya
Bahan-bahan dikisar halus:
2 biji bawang merah
1 biji cili merah
2 biji tomato ceri
2 inci kunyit
Air secukupnya
Cara-cara:
- Masukkan air, serai, daun kunyit, bahan kisar dan labu ke dalam periuk dan didihkan.
- Setelah labu agak empuk, masukkan kacang panjang. Didihkan lagi.
- Masukkan udang, santan, asam gelugur, garam dan MCR secukupnya. Perlahankan api dan kacau sentiasa hingga mendidih. Tutup api.
Ketam Sambal Telur Masin
Bahan-bahan:
3 ekor ketam – dibersihkan
Tepung beras + tepung jagung + sedikit air
Minyak untuk menggoreng
1 biji bawang besar – dihiris bulat
3 tangkai daun kari – dilurutkan
1 batang serai – diketuk
1 sudu besar serbuk kari
1 senduk kecil cili kisar
3 sudu besar pes bawang besar
2 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar pes halia
2 sudu besar Salted Egg Premix Sauce HEXA
1 cawan susu segar
50 gm mentega + 2 sudu besar minyak
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Sementara itu, salut ketam dengan campuran tepung kemudian goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Ketepikan.
- Panaskan mentega dan minyak. Tumis serai, pes bawang besar, pes bawang putih dan pes halia hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan pula serbuk kari dan serbuk telur masin. Kacau rata dan masukkan susu segar. Kacau rata hingga mendidih.
- Masukkan ketam dan daun kari. Kacau rata hingga sedikit pekat dan tutup api.
No comments:
Post a Comment