Friday, July 6, 2018

Menu 4 Julai 2018


Nasi Goreng Kampung

Bahan-bahan:

2 cawan nasi sejuk
10 tangkai kangkung – disiang, asingkan batang dan daun
2 biji telur
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
3 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan dikisar kering:

5 biji cili padi – dipotong
2 biji bawang merah – dipotong
1 inci belacan – dibakar
Segenggam ikan bilis – dibilas

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga harum dan sedikit garing.
  2. Masukkan batang kangkung dan tumis beberapa minit.
  3. Masukkan daun kangkung dan nasi. Kacau rata dan masukkan garam dan MCR secukup rasa.
  4. Buat lubang di bahagian tengah nasi dan masukkan telur. Biarkan seketika kemudian gaulkan sekali bersama nasi hingga rata beberapa minit. Tutup api.


Maggi Goreng

Bahan-bahan:

2 peket mi segera Cintan perisa kari
1 peket perencah kari
2 keping fishcake – dihiris nipis
1/4 biji kubis – dihiris nipis
Sos cili dan kicap secukupnya
Sedikit air
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar pes bawang besar
1/2 sudu besar pes bawang putih
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Rebus mi segera hingga lembut dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis pes bawang besar, pes bawang putih, perencah kari dan cili kisar hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Tumis lagi beberapa minit.
  4. Masukkan fishcake dan kobis. Tumis lagi beberapa minit.
  5. Masukkan mi segera dan gaul rata beberapa minit. Tutup api.





Asam Rebus Ikan Kerisi

Bahan-bahan:

1 ekor ikan kerisi – dipotong 2
5 biji bendi besar – dipotong 2
1/2 biji nanas madu – dihiris kasar
1 batang serai – diketuk
Segenggam daun kesum
1 keping asam gelugur
2 inci halia – dihiris
1 inci lengkuas – dihiris
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa

Bahan-bahan dikisar:

3 biji bawang merah – dipotong
2 ulas bawang putih – dipotong
1 biji cili merah – dipotong
1 inci kunyit – dipotong
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Masukkan air, bahan kisar, serai, daun kesum, asam gelugur, halia dan lengkuas ke dalam periuk dan didihkan.
  2. Masukkan nanas, ikan dan bendi. Kemudian, masukkan garam dan MCR.
  3. Masak hingga mendidih beberapa minit kemudian tutup api.

No comments: