Saturday, October 3, 2015

Dinner 23.8.2015

Gulai Ayam Kampung


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam kampung – dipotong kecil
1 biji kentang – dipotong kecil
2 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun kari (daun sahaja)
3 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 peket Rempah Gulai Ayam Tok Ma
1 sudu besar Rempah Gulai Cap Bunga Ros
Sedikit air
1/4 cawan air asam jawa
1/2 kotak santan + sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, satukan rempah Tok Ma dan Bunga Ros dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
  2. Setelah minyak cukup panas, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga layu dan harum.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Perlahankan api. Masukkan pes rempah dan tumis selalu hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan kentang. Gaul rata hingga bersalut dengan rempah, perlahankan api dan renihkan sebentar supaya air ayam keluar (kecut).
  6. Kemudian, masukkan santan yang dicampur dengan air. Gaul rata dan biarkan merenih supaya ayam dan kentang empuk. Kacau sekali-sekala.
  7. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa dan garam. Biarkan mendidih sekali lagi, rasa dan setelah ok, tutup api.



Sambal Belacan Cair


Bahan-bahan:

1 biji cili merah – dipotong kasar
15 biji cili padi – dipotong kasar
1 inci belacan – dibakar
Sedikit garam dan gula perang
Sedikit air untuk mengisar
1/2 biji perahan limau nipis


Cara-cara:

Satukan kesemua bahan di dalam blender dan kisar hingga halus.

Thursday, September 3, 2015

Dinner 1.9.2015

Ayam Masak Kicap





Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam – dipotong kecil
1 biji kentang – dipotong kiub besar
Sedikit serbuk kunyit dan Maggi Cukup Rasa
Minyak untuk menggoreng
5 biji cili padi – dibelah 2 tanpa putus
1 biji cili merah – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat

Bahan-bahan tumisan:

2 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dicincang kasar
2 hirisan halia – dipotong halus
1 kuntum bunga lawang
1 biji buah pelaga
5 sudu besar cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1/2 sudu kecil cuka
Air secukupnya
Kicap masin secukupnya


Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak. Goreng kentang hingga empuk, angkat dan ketepikan. Sementara itu, gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan Maggi Cukup Rasa kemudian goreng 3/4 masak. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak gorengan, tinggalkan dalam 3 sudu besar. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan buah pelaga hingga harum dan layu.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga agak garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan kicap dan cuka dan tumis sebentar barulah dimasukkan air (ikut suka banyak mana). Kacau dan biarkan mendidih, masukkan ayam yang telah digoreng.
  5. Perlahankan api, tutup kuali supaya ayam mesra dengan kuah.
  6. Masukkan Maggi Cukup Rasa (secukup rasa), cili padi, cili merah dan bawang Holland. Kacau rata, setelah agak layu tutup api dan sedia dihidangkan.





Telur Dadar ala Thai





Sumber: YouTube

Bahan-bahan:

2 biji telur – dipukul rata
3/4 sudu besar sos ikan
1/2 biji bawang Holland – dicincang kasar
1 biji cili merah – dihiris kasar
1 cawan minyak (untuk deep-frying)

Cara-cara:


  1. Sediakan kuali yang agak ‘deep’. Panaskan minyak.
  2. Sementara itu, satukan bahan-bahan lain.
  3. Setelah minyak cukup panas, tuangkan telur yang dipukul dari aras yang agak tinggi secara sedikit demi sedikit. Ini akan membuatkan telur dadar ‘crispy’. Perlahankan api, dan goreng hingga kekuning-kuningan di kedua-dua belah.
  4. Angkat dan toskan minyak sebelum dihidangkan.






Ikan Pekasam Goreng





Bahan-bahan:

1 ekor ikan pekasam
1/2 biji bawang Holland – dihiris kasar
1 biji cili merah – dihiris kasar
5 biji cili padi – dihiris kasar
Segenggam petai yang telah dikupas
Minyak untuk menggoreng
Hirisan limau nipis (hiasan)


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Goreng ikan pekasam hingga garing. Angkat dan toskan minyak. Letakkan di dalam pinggan hidangan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang Holland, cili merah, cili padi dan petai hingga layu. Angkat, toskan minyak dan taburkan di atas ikan pekasam tadi.
  3. Akhir sekali, hiaskan dengan hirisan limau nipis dan sedia dihidangkan.

Thursday, July 2, 2015

Lauk berbuka puasa 24.6.15

Sotong Goreng Kunyit dengan Brokoli

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
7 ekor sotong – dipotong bulat
Sedikit garam dan serbuk kunyit
1/2 pokok brokoli – dipotong kecil
1 biji cili merah – dihiris serong
1/2 biji bawang kuning (Holland) – dihiris bulat
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1 sudu besar sos ikan Thai
1 sudu besar minyak masak
Sedikit air

Cara-cara:
  1. Gaulkan sotong dengan serbuk kunyit dan garam rata-rata. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih sebentar dan masukkan bawang besar. Tumis lagi hingga layu dan naik bau.
  3. Masukkan sotong, brokoli dan cili merah. Kuatkan api dan kacau rata.
  4. Masukkan sos tiram, sos ikan dan air. Kacau rata hingga nampak brokoli lembut dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Lauk berbuka puasa 23.6.15

Ayam Masak Merah

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
7 ketul ayam
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1 pokok daun ketumbar – dibuang akar, dihiris kasar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tomato
Sedikit Maggi Cukup Rasa/garam secukup rasa
Sedikit air

Bahan-bahan dikisar halus:
1 cawan cili kering yang direbus dan dibuang biji
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Goreng hingga 3/4 masak. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Tinggalkan dalam 1 cawan minyak gorengan. Tumis cili kisar hingga mendidih, masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Tumis lagi hingga terbit minyak dan agak garing.
  3. Masukkan air dan setelah mendidih, masukkan ayam, bawang besar dan separuh daun ketumbar. Perlahankan api, tutup kuali dan renihkan beberapa minit sambil kacau sekali sekala.
  4. Setelah rata, tutup api dan taburkan baki daun ketumbar, balik-balikkan.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.



Kacang Buncis Goreng Kicap

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
20 urat kacang buncis – dibuang urat dan dihiris serong sepanjang 4 cm
1 biji cili merah – dihiris serong
Sedikit

Sahur ke-12

Lemon and Rosemary Roast Chicken

Sumber: Jamie Oliver

Olahan: mrskojiwami



Bahan-bahan:
10 ketul ayam
1 biji kentang (dengan kulit) – dicuci bersih dan dipotong kiub besar
1/2 biji bawang Holland – dipotong 2
2 sudu besar pure butter – dilembutkan
1/2 biji lemon – diperah jusnya

Bahan-bahan perapan (ditumbuk kasar)
7 ulas bawang putih
3 sudu besar dried rosemary
2 sudu besar lada hitam
Garam secukup rasa

Cara-cara:
Gaulkan ayam dengan kesemua bahan dan perap selama 2–3 jam.
Setkan suhu oven kepada 180°C, api atas dan bawah.
Bakar ayam selama 1 jam.
Jus daripada ayam boleh dibuat brown sauce.