Saturday, October 3, 2015

Dinner 23.8.2015

Gulai Ayam Kampung


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam kampung – dipotong kecil
1 biji kentang – dipotong kecil
2 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun kari (daun sahaja)
3 biji bawang merah – dihiris
3 ulas bawang putih – dihiris
1/2 inci halia – dihiris
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 peket Rempah Gulai Ayam Tok Ma
1 sudu besar Rempah Gulai Cap Bunga Ros
Sedikit air
1/4 cawan air asam jawa
1/2 kotak santan + sedikit air
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis


Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, satukan rempah Tok Ma dan Bunga Ros dengan sedikit air untuk dijadikan pes.
  2. Setelah minyak cukup panas, tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga layu dan harum.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Perlahankan api. Masukkan pes rempah dan tumis selalu hingga pecah minyak.
  5. Masukkan ayam dan kentang. Gaul rata hingga bersalut dengan rempah, perlahankan api dan renihkan sebentar supaya air ayam keluar (kecut).
  6. Kemudian, masukkan santan yang dicampur dengan air. Gaul rata dan biarkan merenih supaya ayam dan kentang empuk. Kacau sekali-sekala.
  7. Setelah mendidih, masukkan air asam jawa dan garam. Biarkan mendidih sekali lagi, rasa dan setelah ok, tutup api.



Sambal Belacan Cair


Bahan-bahan:

1 biji cili merah – dipotong kasar
15 biji cili padi – dipotong kasar
1 inci belacan – dibakar
Sedikit garam dan gula perang
Sedikit air untuk mengisar
1/2 biji perahan limau nipis


Cara-cara:

Satukan kesemua bahan di dalam blender dan kisar hingga halus.

No comments: