Olahan : mrskojiwami
Bahan-bahan (dikisar halus)
20 biji cili padi
2 biji cili merah
1 biji bawang merah
1 inci kunyit hidup
Sedikit air
Bahan-bahan lain:
1 ekor ayam kampung - dipotong 12
1 batang serai - diketuk
2 helai daun limau purut (daun kunyit takde)
1 sudu kecil serbuk kunyit
10 biji belimbing buluh - dibelah 2 tak putus
2 biji terung purple pendek - dipotong 4
Garam secukup rasa
1 cawan air
3/4 kotak santan
Cara-cara:
1. Masukkan bhn kisar, air, daun limau purut dan serai ke dalam periuk. Panaskan hingga mendidih. Masukkan ayam dan kacau rata di atas api sederhana hingga ayam nampak kecut.
2. Masukkan santan dan kacau rata sekali sekala untuk elakkan pecah minyak (santan terpisah).
3. Setelah mendidih, masukkan terung dan belimbing buluh. Kacau perlahan sekali sekala.
4. Masukkan garam dan didihkan sekali lagi sambil kacau perlahan. Setelah terung empuk, tutup api.
Buah Melaka
Olahan : mrskojiwami
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan tepung pulut (tmbh jika perlu)
Air perahan daun pandan secukupnya
1 sudu besar pes pandan
1 ketul gula melaka - dipotong kiub
Kelapa parut putih/kelapa kering
Secubit garam halus
1 helai daun pandan - disimpul
Air dididihkan dlm periuk
Cara-cara:
1. Didihkan air dan masukkan daun pandan.
2. Sementara itu, gaul tepung pulut dengan jus pandan, pandai2 adjust. Masukkan pes pandan dan uli hingga tidak melekat pada tgn dan boleh dibentuk.
3. Ambil sedikit doh dan bulat2kan sebesar syiling 20 sen. Leperkan dan letakkan 1 kiub gula melaka. Tutup doh dan bulatkan menjadi bebola. Buat 10 biji kemudian masukkan ke dlm periuk air mendidih.
4. Sementara itu, sediakan pinggan dan gaulkan kelapa dgn garam.
5. Bila nampak buah melaka timbul, maknanya dah masak. Angkat dan toskan airnya kemudian golekkan dlm kelapa. Angkat dan susun dlm pinggan.
6. Ulang langkah 3 dan 5 hingga habis.
No comments:
Post a Comment