Rendang Pedas Ayam Kampung
Bahan-bahan:
25 ketul ayam kampung
1/2 kotak santan KARA
1 helai daun kunyit – dimayang halus
1 keping asam keping
1 sudu besar kerisik
5 biji bawang merah – dihiris nipis
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
Air secukupnya
Garam dan MAGGI Cukup Rasa secukup rasa
Gula perang secukup rasa
1 senduk kecil minyak masak
Bahan-bahan dikisar:
2 batang serai – dipotong kecil
5 biji bawang merah – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
20 tangkai cili kering – dipotong, direbus dan dibuang biji
4 inci lengkuas – dipotong kecil
3 inci halia – dipotong kecil
2 inci kunyit hidup – dipotong kecil
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga mendidih, masukkan gula perang dan tumis lagi hingga pecah minyak.
- Masukkan ayam dan perlahankan api. Renihkan supaya ayam kecut. Kemudian, masukkan bahan-bahan lain kecuali daun kunyit dan renihkan sambil kacau sekali sekala hingga ayam betul-betul empuk dan kuah semakin pekat.
- Akhir sekali, taburkan daun kunyit, kacau rata dan tutup api.
No comments:
Post a Comment