Tuesday, February 21, 2017

Breakfast 18.2.2017

Hari Jumaat, En K beli pisang emas. Dia kalau beli pisang tu, faham-faham la nak suruh buat cekodok pisang ler tu. Kalau aku buat kek pisang ke, pengat pisang ke, sat gi dia bising la. Nak cekodok pisang jugak.

Cucur ikan bilis pulak sebab aku yang nak, dah lama tak makan.


Cucur/Cekodok Pisang

Bahan-bahan:

8 biji pisang emas – dikupas dan dilecek halus
5 sudu besar gula (atau lebih)
Secubit garam
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
Tepung gandum yang diayak (agak-agak)
Air (adak-agak)

Cara-cara:


  1. Satukan kesemua bahan dan bancuh supaya tidak terlalu pekat atau cair. Agak-agak boleh dijemput tu kira ok la tu. Perap seketika, dalam 10 minit pun boleh.
  2. Panaskan minyak untuk goreng terendam dengan api besar. Dah panas, kecilkan api.
  3. Jemput-jemput adunan dengan menggunakan jari dan masukkan ke dalam minyak panas. Tunggu sebentar setiap satu biji untuk elakkan melekat sesama sendiri.
  4. Buat dalam 10 biji sekali goreng, ikut besar kuali. Goreng hingga garing di sekelilingnya. Angkat dan toskan minyak. Ulang sehingga habis.












Cucur Ikan Bilis

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum – diayak
Segenggam ikan bilis – dibasuh dan ditumbuk sedikit
1 biji cili merah – dicincang
1 biji bawang besar/Holland – dipotong dadu
1/2 ikat kucai – dipotong 4 cm
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar Maggi Cukup Rasa/Atau garam secukup rasa
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng terendam

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak. Sementara itu, bancuk kesemua bahan-bahan lain dan sesuaikan rasa. Pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Agak-agak boleh jemput dengan jari.
  2. Jemput-jemputkan ke dalam minyak (dalam 10 biji sekali goreng) dan goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Buat sehingga habis dan hidangkan dengan sos cili.






No comments: