Breakfast simple je pagi ni. Just goreng frozen fried chicken dan masak nasi goreng kampung guna perencah segera je.
Nasi Goreng Kampung Seri Aji
Bahan-bahan:
2 cawan nasi (semalaman)
Segenggam ikan bilis – dibasuh bersih
1 peket Perencah Nasi Goreng Kampung Seri Aji
3 ulas bawang putih – dicincang kasar
1 pokok daun bawang – dipotong 3 cm
2 biji telur
Sedikit minyak untuk menumis
Cara-cara:
- Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
- Tumiskan bawang putih hingga harum, kemudian masukkan nasi dan perencah nasi goreng. Kacau rata.
- Buat lubang di bahagian tengah dan masukkan telur. Biarkan seketika kemudian kacau bersama nasi hingga telur masak.
- Akhir sekali, masukkan daun bawang dan ikan bilis goreng. Kacau rata dan tutup api.
No comments:
Post a Comment