Assalammualaikum,
Malam ni malas betul nak masak. Tapi terpaksa la masak juga, nanti diorang kat rumah ni nak makan apa pulak kan. Fikir-fikir masak mihun la, tapi bahan macam tak cukup tapi proceed je la.
Mihun Goreng Sempoi Je
Bahan-bahan:
1/2 peket mihun - direndam hingga lembut
2 biji telur
2 genggam tauge
Kicap cair, kicap manis dan Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu sos cili
Bahan-bahan dikisar kasar:
3 sudu besar udang kering - dibasuh
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 biji tomato
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Pecahkan telur dan kacau hingga masak. Angkat dan ketepikan. Kemudian, tumis bahan kisar hingga wangi dan sedikit garing.
- Masukkan cili kisar dan tumis lagi. Kemudian, masukkan sos tiram, sos cili, kicap cair, kicap manis dan perasa. Kacau rata dan masukkan sedikit air.
- Masukkan bihun dan tauge. Kacau rata. Goreng hingga mesra dan lembut. Jika perlu, tambah kicap lagi. Goreng sebentar, masukkan telur, kacau dan tutup api.
No comments:
Post a Comment