Dah lama dah beli kueytiow ni tapi baru that day la nak masak. :)
1/2 paket kueytiow
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1/2 sudu besar kicap
3 biji bebola sotong - dihiris nipis
3 tangkai sawi - asingkan batang dan daun
1 biji telur - didadar dan dihiris nipis
Panaskan minyak dan tumis cili kisar, sos cili, sos tomato, sos tiram hingga garing. Masukkan batang sawi dan tumis sebentar.
Masukkan kicap dan bebola sotong. Masukkan kueytiow dan daun sawi. Kacau rata.
Hiaskan dengan hirisan telur dadar.
No comments:
Post a Comment