I dedicate this blog to my three beautiful sons, Haqimie, Qayyum and Rayyan. I hope they will find it useful in the future. Mama always love you guys.
Thursday, November 18, 2010
BROKOLI GORENG
1/2 pokok brokoli - dipotong, asingkan batangnya
daging lembu - ikut suka banyak mana - dihiris nipis
2 ekor sotong - dipotong bulat
3 biji cili padi
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 biji cili merah - dihiris
1 sudu besar sos tiram
serbuk kunyit, garam, minyak
Gaulkan daging dan sotong dengan garam dan kunyit.
Tumbuk kasar bawang putih dan cili padi.
Panaskan minyak dan goreng daging hingga garing.
Masukkan bawang besar dan bahan tumbuk. Tumis hingga wangi.
Masukkan sotong dan batang brokoli. Kacau rata.
Masukkan sedikit air dan sos tiram. Setelah mendidih, masukkan baki brokoli dan cili merah.
Sunday, November 14, 2010
Daging Dendeng Che Sue - recommended
Dah plan lama dah nak try daging dendeng yang Che Sue tulis dalam blog dia hari. Tapi takde kesempatan nak pegi beli daging. So, kebetulan semalam lalu kat tempat orang jual daging segar kat S7 KD, singgah la beli. Mahal jugak RM25 sekilo, tapi beli jugak la. Tapi tak sempat nak buat semalam, sbb balik keje dah pukul 1 lebih, En Koji nak tapau ikan bakar kat area rumah, balik-balik pulak, mak dah buat kari ikan ngan sayur, so KIV dulu la daging ni.
So tengah hari berkesempatan la nak try. Tapi kan Sue, aku modify sikit, takpe ek....kalau nak recipe original, sila lawati blog Che Sue ni eh, member sekolah ni, recipe ni made in Algeria okeh...hahah. Ko tau aku terlupa nak goreng daging perap tu dulu, aku main masuk je dalam cili tumis tuh. Lagi satu kentang takde stok pulak. Aisey...
Ni ai share resipi yang ai modify la k
Daging - agak-agak la berapa g/kg - direbus hingga empuk
Cuka dan kicap manis Cap Kipas Udang secukupnya
1 batang serai - diketuk
1 sudu besar sos tiram
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cili kering - ikut suka pedas mana
Garam, ajinomoto, gula perang
Minyak untuk menumis
Daun ketumbar - diracik-racik
Toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Perapkan daging dengan cuka dan kicap manis, at least 1/2 jam, atau lagi lama lagi bagus.
Sementara tu, kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering.
Panaskan minyak dan goreng daging perap sebentar, bahan perap jgn buang. (ai terskip this part)
Angkat dan ketepikan. Tumiskan pula bahan kisar, serai dan sos tiram hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan bahan perap tadi, gaul rata dan masukkan daun ketumbar dan garam, aji dan gula perang secukup rasa.
p/s: Mak makan tambah tiga kali okeh, Qayyum memula jual mahal, agaknya dia tgk kaler hitam, bagi rasa, haa abis pon nasi sepinggan (saiz pinggan dia la kan). Qimie pun licin nasi dia. Daging dia tak amik sgt, dia amik kuah. Rasanya cicah dgn roti pun sedap ni.
CUCUR BAWANG
4 senduk tepung gandum
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
Ikan bilis secukupnya
Udang secukupnya
3 tangkai daun kucai - dipotong kecil-kecil
2 biji bawang besar - dihiris
1 biji telur
Air panas secukupnya - boleh guna air biasa tapi air panas akan merangupkan adunan
Panaskan minyak.
Campurkan kesemua bahan dan jemput-jemputkan ke dalam minyak panas.
Goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyaknya.
KARI AYAM DENGAN KENTANG
Kari Ayam dengan Kentang
5 ketul ayam
1 biji kentang - dibelah 4
1 paket Serbuk Kari Daging/Ayam Baba's - dibancuh dengan air, tidak terlalu cair
3 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
1 hiris halia - ditumbuk
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu kerisik - jika suka - dicampur dengan serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili - dicampur dengan serbuk kari
1 tangkai daun kari - dicampur dengan serbuk kari
1/2 kotak santan - dibuat 2 bahagian, separuh cair, dan pekat
Minyak untuk menumis
Garam dan ajinomoto
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan bahan tumbuk hingga wangi.
Masukkan bancuhan serbuk kari dan tumis hingga pecah minyak.
Masukkan ayam dan gaul rata. Tuangkan santan cair dan kentang. Tutup periuk untuk kentang dan ayam menjadi empuk.
Setelah mendidih, masukkan santan pekat. Didihkan dan masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.
Sayur Masin Tumis Telur
1 paket sayur sawi masin - dibasuh dan dipotong kecil-kecil
1 biji telur
2 sudu besar cili kisar (prepared)
1 sudu besar sos tiram
Ajinomoto
Minyak untuk menumis
1 sudu kecil taucu kasar (jika suka)
1 biji bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Panaskan minyak, tumis cili kisar, taucu (jika suka) dan sos tiram hingga pecah minyak.
Masukkan sawi masin dan kacau rata. Masukkan ajinomoto.
Pecahkan telur ke dalam sayur, biarkan separuh kental barulah kacau hingga menyaluti sayur masin.
Monday, November 8, 2010
Ponteng
Hari ni ponteng kerja. Bukan sebab apa, tapi malam semalam Qayyum demam menggigil-gigil pulak, siap mengigau nyanyi Insya Allah tu...hahahah kelakar pun ada, aku ngan En Koji tergelak tgk, tapi kesian sbb demam kan. Since dia tidur, aku bancuh susu + ubat demam, bagi dia susu. Mmg ada orang x setuju ngan method aku ni, diorang kata nanti anak2 tak nak susu, sbb rasa lain. tapi since my sons ni teramat la susah nak makan ubat masa kecik2 dulu, ini je la method yang aku pakai so that diorang dapat jugak makan ubat, be it cold or fever. tapi ubat batuk takde la, lain sangat kaler susu tu nanti. alhamdulillah la, method ni menjadi for both of them. Pastu tekap dahi Qayyum ngan Kool Fever. Mengamuk dia, benda tu sejuk kan.
So by the end of the morning, suhu badan dia dah turun. Masa tu fikir nak pegi keje ke tak ni. Maybe pegi kot, tapi dalam pukul 8 pagi tu, macam panas balik, tapi x la sepanas malam semalam. So, decide la ponteng. En Koji macam x setuju, dia mmg la kurang suka orang ponteng-ponteng ni. Hahah...
Buat breakfast mee goreng hari ni. Ekceli tak cukup bahan, tapi belasah je la.
Mee Goreng
3/4 paket mee kuning - dibilas dengan air untuk hilangkan minyak
2 sudu besar cili kisar (prepared)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 biji tomato - dihiris
3 biji bawang merah - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
Isi ayam - dipotong kiub
Kucai - dipotong (sepatutnya sawi)
1 biji telur
Kicap manis
Ajinomoto
Panaskan minyak. Masukkan telur dan hancur-hancurkan. Angkat dan ketepikan. Menggunakan minyak yang Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi. Masukkan cili kisar, tomato dan semua sos.
Setelah terbit minyak, masukkan ayam dan kacau hingga masak. Kalau terlalu kering, masukkan sedikit air. Masukkan kicap manis dan ajinomoto (garam jika perlu).
Masukkan mee dan kucai. Gaul rata hingga mee masak. Masukkan telur dan gaul rata lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)





