Dah plan lama dah nak try daging dendeng yang Che Sue tulis dalam blog dia hari. Tapi takde kesempatan nak pegi beli daging. So, kebetulan semalam lalu kat tempat orang jual daging segar kat S7 KD, singgah la beli. Mahal jugak RM25 sekilo, tapi beli jugak la. Tapi tak sempat nak buat semalam, sbb balik keje dah pukul 1 lebih, En Koji nak tapau ikan bakar kat area rumah, balik-balik pulak, mak dah buat kari ikan ngan sayur, so KIV dulu la daging ni.
So tengah hari berkesempatan la nak try. Tapi kan Sue, aku modify sikit, takpe ek....kalau nak recipe original, sila lawati blog Che Sue ni eh, member sekolah ni, recipe ni made in Algeria okeh...hahah. Ko tau aku terlupa nak goreng daging perap tu dulu, aku main masuk je dalam cili tumis tuh. Lagi satu kentang takde stok pulak. Aisey...
Ni ai share resipi yang ai modify la k
Daging - agak-agak la berapa g/kg - direbus hingga empuk
Cuka dan kicap manis Cap Kipas Udang secukupnya
1 batang serai - diketuk
1 sudu besar sos tiram
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Cili kering - ikut suka pedas mana
Garam, ajinomoto, gula perang
Minyak untuk menumis
Daun ketumbar - diracik-racik
Toskan daging dan hiriskan nipis-nipis. Perapkan daging dengan cuka dan kicap manis, at least 1/2 jam, atau lagi lama lagi bagus.
Sementara tu, kisar bawang besar, bawang putih, halia dan cili kering.
Panaskan minyak dan goreng daging perap sebentar, bahan perap jgn buang. (ai terskip this part)
Angkat dan ketepikan. Tumiskan pula bahan kisar, serai dan sos tiram hingga pecah minyak.
Masukkan daging dan bahan perap tadi, gaul rata dan masukkan daun ketumbar dan garam, aji dan gula perang secukup rasa.
p/s: Mak makan tambah tiga kali okeh, Qayyum memula jual mahal, agaknya dia tgk kaler hitam, bagi rasa, haa abis pon nasi sepinggan (saiz pinggan dia la kan). Qimie pun licin nasi dia. Daging dia tak amik sgt, dia amik kuah. Rasanya cicah dgn roti pun sedap ni.
2 comments:
ini baru chef sejati..make others recipe as her own! syabas bete! setap ek boh serai? aku takley nk bazir2 serai..stok terhad! pokok serai punn baru nk idup tu.hheheh!
p/s-ko ngan ajinomoto takley pisah toi..
sebenarnya aku tak suka guna aji, dulu2 aku masak tak boh pun aji, skang je boh, sbb mak aku mmg pakai aji, then kalo kat umah MIL pon dok la suruh pakai aji, lelama aku pun ikut pakai aji...adeh...
serai tu, saje je nak boh, aku rasa takde beza kot...wangi je la kot
Post a Comment