I dedicate this blog to my three beautiful sons, Haqimie, Qayyum and Rayyan. I hope they will find it useful in the future. Mama always love you guys.
Sunday, November 4, 2012
CHOCOLATE LAVA CAKE
Seperti biasa, resepi asal dari sini. Tapi kali ni aku improvise sikit, aku bubuh esen mangga. Dan aku juga buat setengah adunan je, cukup utk teatime kitorang 4 beranak sebab En Koji keje.
Bahan A:
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan serbuk koko
3/4 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh baking soda
1 cawan gula pasir
Satukan kesemua bahan.
Bahan B:
1 biji telur - dipukul sedikit
3/4 cawan susu cair
3/4 cawan minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu teh esen mangga
1 cawan air panas
Satukan kesemua bahan.
Cara-cara:
Satukan bahan A dan bahan B. Kacau rata hingga gula hancur. Kalau rajin, boleh la tapis adunan.
Sediakan pengukus dan acuan yang disukai.
Tuangkan adunan ke dalam acuan, separuh atau 3/4 acuan sahaja. Tutup dengan aluminium foil.
Kukus kek selama 20-30 minit atau sehingga masak.
Ganache:
1/4 keping coklat masakan - dipotong kecil-kecil
1/2 cawan whipped cream
1 sudu besar minyak jagung
Cara-cara:
Panaskan secara double boiler. Tuangkan ke atas kek dan hias ikut kreativiti masing-masing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment