Saturday, November 8, 2014

Dinner 7.11.14

Sambal Tumis Telur Pecah

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 biji telur - dipecahkan ke dalam mangkuk
1 keping asam keping
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil gula perang
4 sudu besar minyak masak
Garam secukup rasa
1/4 cawan air

Bahan-bahan dikisar halus:
1 cawan cili kering - dipotong kecil dan direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Air secukupnya

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga mendidih.
  2. Masukkan gula perang dan tumis sebentar.
  3. Masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga terbit minyak di atas api sederhana.
  4. Masukkan air, asam keping dan garam secukup rasa. Kacau rata.
  5. Kemudian, masukkan telur satu persatu secara berjarak. Perlahankan api, tutup kuali supaya telur set. Rasa sekiranya sudah cukup masam, keluarkan asam keping. Tutup semula kuali.
  6. Setelah set, tutup api dan sedia dihidangkan.


Bebola Daging Lada Hitam

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
10 biji bebola daging AZMY
1/2 peket kincam segar
1 biji cili merah - dihiris serong
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang kasar
2 sudu besar bawang merah
1/4 cawan air
1 peket Perencah Lada Hitam Maggi
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih hingga sedikit garing dan masukkan bawang merah kisar. Tumis hingga terbit minyak kemudian terus masukkan bebola daging. Gaul rata.
  2. Sementara itu, bancuh perencah lada hitam bersama air. Ketepikan.
  3. Setelah bebola nampak keperangan, masukkan kincam dan cili merah. Kacau rata dan masukkan pes lada hitam. Gaul rata dan masukkan Maggi Cukup Rasa.
  4. Kacau hingga nampak sedikit pekat dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

No comments: