Saturday, November 16, 2013

Breakfast Friday 15/11/13

Buat kuih ni pada malam Khamis, so that pagi esoknya (hari ni) dah cooled down completely dan mudah untuk dipotong dan dihidangkan sebagai breakfast. Adalah 3 bekas tupperware untuk officemates, kiddos bawa ke nursery dan untuk husband.

Kuih Seri Muka

Sumber: Various blogs (sorry tak ingat yang mana)




Bahan-bahan (bahagian bawah):
3 pot (beras) beras pulut – dibasuh bersih dan direndam 3 jam
1/2 kotak santan
1 1/2 sudu teh garam halus

Bahan-bahan (bahagian atas):
1 biji telur
3/4 cawan gula kastor
1 1/2 kotak santan
1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar pandan emulco
1 sudu teh pewarna hijau
1 1/2 cawan tepung superfine
1 sudu besar tepung jagung

Cara-cara:

  • Bahagian bawah: Panaskan pengukus. Satukan kesemua bahan dan tuangkan ke dalam loyang rata-rata. Kukus selama 20 minit. Kemudian, gemburkan pulut dan tekan hingga padat.
  • Bahagian atas: Sementara mengukus pulut, boleh sediakan bahagian atas. Pukul telur dan gula menggunakan whisk hingga gula hancur. Tuangkan santan dan garam halus dan whisk rata.
  • Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil terus pukul dengan whisk. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  • Kemudian, masukkan pandan emulco dan pewarna hijau, gaul rata dan sebati. Tapiskan adunan.
  • Setelah pulut masak, cakar-cakarkan sedikit bahagian atas pulut. Kemudian, tuangkan adunan hijau dan ratakan. Kukus lagi selama 20 minit. Uji dengan lidi sate untuk memastikan kuih betul-betul masak.
  • Sejukkan sepenuhnya dan potong menggunakan pisau plastik untuk hasil potongan yang licin.

Dinner Thursday 14/11/13

Sambal Kicap Telur Puyuh

Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
25 biji telur puyuh – direbus dan dikupas
2 tangkai daun ketumbar – dihiris kasar
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar Kicap Manis ABC
1 1/2 sudu besar minyak
Sedikit air

Bahan-bahan dikisar:
5 tangkai cili kering – dipotong dan direndam dalam air panas
1/2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih

Cara-cara:

  • Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga pecah minyak.
  • Masukkan kicap dan sedikit air, renihkan.
  • Setelah mendidih, masukkan telur dan daun ketumbar.
  • Kacau rata sebentar dan tutup api.
  • Sedia dihidangkan.


Beef Pepperoni and Chicken Sausage Pizza

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan doh (base):
1 1/2 sudu teh yis segera
1 cawan air siam
1 1/2 sudu teh gula pasir
3 cawan tepung superfine
1/2 cawan tepung suji (semolina)
1 1/2 sudu teh garam halus
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar minyak zaitun

Bahan-bahan topping:
4 sudu besar sos bolognaise
1 biji bawang kuning – dihiris nipis
Parutan keju cheddar
Kepingan cheese – diracik kasar
1/2 paket beed pepperoni
3 batang sosej ayam – dihiris nipis
Serbuk lada hitam
Italian Mixed Herbs (dalam botol)

Cara-cara:
  • Doh: Bancuh gula dengan air suam dan taburkan yis di atasnya. Biarkan selama 10 minit. Yis akan berbuih.
  • Dalam mangkuk yang besar, satukan tepung superfine, tepung suji, susu tepung dan garam halus. Gaul rata dan buatkan lubang di bahagian tengah.
  • Tuangkan yis yang berbuih tadi ke bahagian tengah dan uli hingga rata dan lembut. Tambah tepung sedikit-sedikit hingga doh lembut dan tidak melekat pada tangan. Uli lagi hingga doh kenyal.
  • Tuangkan minyak zaitun dan uli lagi hingga doh licin. Buatkan seperti bebola besar dan tutup mangkuk dengan kain bersih. Rehatkan doh selama 45 minit – 1 jam atau sehingga naik 2 kali ganda.
  • Selepas 1 jam, tumbuk-tumbukkan sedikit doh untuk mengeluarkan angin. Uli sebentar dalam 10 minit untuk melembutkan doh.
  • Bahagikan doh kepada 2 bahagian sama besar. Sapukan sedikit minyak zaitun pada pizza tray. Terpulang jika hendak menggelek menggunakan rolling pin atau tekan-tekankan doh hingga memenuhi tray.
  • Tuangkan 2 sudu besar sos bolognaise di bahagian tengah doh dan ratakan ke sekeliling doh, tinggalkan gap dalam 3 cm di bahagian tepi doh.
  • Taburkan separuh hirisan bawang. Kemudian taburkan pula separuh sukatan untuk kedua-dua jenis cheese. Susun pepperoni di bahagian atas. Akhir sekali, taburkan serbuk lada hitam dan mixed herbs.
  • Ulang langkah di atas untuk sekeping lagi pizza. Kali ini untuk topping sosej ayam pula.
  • Panaskan ketuhar pada suhu 200°C selama 15 minit. Kemudian, masukkan pizza dan bakar selama 20 – 25 minit atau sehingga masak.
  • Sedia dihidangkan panas-panas.

Friday, November 15, 2013

Lunch 14/11/13 (Thursday)

Tauge Hijau Tumis Belacan

Bahan-bahan:
500 g tauge hijau
1/2 genggam ikan bilis
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1 biji cili merah
4 biji cili padi
1/2 inci belacan
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak

Cara-cara:

  1. Tumbuk bawang putih, bawang merah, ikan bilis dan belacan.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi.
  3. Masukkan tauge hijau, sos tiram dan sedikit air.
  4. Kacau rata hingga tauge masak tetapi rangup. Tutup api dan sedia dihidangkan.

Dinner 13/11/13 (Wednesday)

PASTA OLIO

Bahan-bahan:
1/2 paket fettucine – disediakan mengikut arahan
3 tangkai cili kering – dipotong kecil dan direndam
6 ulas bawang putih – dicincang halus
1 batang sosej ayam – dihiris nipis
10 kuntum cendawan straw – dibelah 2
2 ekor sotong – dihiris kasar
3 tangkai daun ketumbar – dipotong 3 cm
1/2 botol kecil Nandos Garlic Peri-Peri Sauce
2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
2 sudu besar minyak zaitun
Sedikit daun parsley untuk hiasan

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng cili kering sebentar. Angkat dan toskan minyak. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama dan tumis bawang putih hingga agak garing. Masukkan cendawan, sotong dan sosej. Goreng sebentar hingga sotong agak masak, kemudian masukkan pasta. Gaul rata.
  3. Kemudian, tuangkan sos dan perasa MAGGI. Gaul rata dan akhir sekali, masukkan cili kering dan daun ketumbar. Gaul rata.
  4. Hiaskan dengan daun parsley dan hidangkan.

Friday, November 1, 2013

Breakfast, Friday (1/11/13)

Apam Nasi

Sumber: CMG, Yatie Memories



Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
2 1/2 cawan air
1 1/2 cawan gula kastor
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh yis kering
Pewarna makanan yang disukai
Filling: Strawberi (jika suka)

Topping:
Kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-cara:

  1. Satukan tepung beras, tepung gandum dan yis di dalam bekas yang besar. Gaul rata dan ketepikan.
  2. Kisar nasi sejuk, gula dan air hingga betul-betul halus.
  3. Tuangkan ke dalam bekas tepung dan gaul rata. Kemudian, gunakan whisk dan pukul hingga adunan agak licin dan rata. Perap selama 3 jam.
  4. Selepas 3 jam, sediakan pengukus dan acuan lompang. Griskan acuan dengan sedikit minyak, atau boleh guna paper cup yang kecil dan letakkan ke dalam acuan lompang.
  5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan.
  6. Ambil 1/2 sudu besar adunan dan masukkan ke dalam acuan, sudukan 1/2 sudu teh filling dan cover dengan 1/2 sudu besar adunan hingga penuh acuan. Goyang dan ratakan adunan.
  7. Kukus selama 8 – 9 minit, atau kalau nak merekah, kukus 10 minit.
  8. Keluarkan dari pengukus, sejukkan sebentar, kemudian keluarkan dari acuan.
  9. Letakkan topping dan sedia dihidangkan.