Friday, July 26, 2013

Singgang Ikan Tongkol

Resepi ni dah lama dah buat sebenarnya, sebelum raya lagi. Tadi ternampak dalam album gambar, so sebelum terlupa, jom la update resepinya. Bukan apa, untuk Mrs K jugak kan.


SINGGANG IKAN TONGKOL
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:



Ikan tongkol

3 ketul ikan tongkol
2 inci kunyit hidup – dihiris nipis
2 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1/2 biji bawang besar – dihiris nipis
2 inci lengkuas – dihiris nipis
1 inci halia – dihiris nipis
1 batang serai – diketuk
3 keping asam gelugur
5 biji cili padi – diketuk
Garam secukup rasa



Cara-cara:

  1. Jerang air bersama ikan dan asam gelugur hingga menggelegak.
  2. Masukkan bahan-bahan lain dan sesuaikan rasa sebelum diangkat.

Biskut Samperit

Haqimie dan Qayyum dan banyak kali dok request buatkan biskut samperit. Tapi Mrs K malas betul la nak buat. Tapi akhirnya, their wish were granted last Sunday. Google recipe, jumpa resipi from CMG. Tapi ada olahan la sikit, ikut kesesuaian tekak kan. CMG guna banyak tepung gandum, tapi mak Mrs K kata, nanti keras, so mak suggestkan guna tepung ubi, tepung gandum masuk sikit je. Well, ok la. Turned out melt in your mouth dan sedap la jugak :). Kalau nak recipe original, boleh melawat blog CMG ya. Kat bawah ni, resipi olahan Mrs K. Btw, buat ni saja-saja je, utk kudapan. Bukan untuk raya pun. Tak larat kut nak buat untuk raya. Buat satu bancuhan ni pun sakit dah tangan.


BISKUT SAMPERIT



Sumber: CMG
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

250 g mentega (Mrs K guna Buttercup)
140 g gula aising
2 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
220 g tepung ubi*
20 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
100 g tepung kastad*
Pewarna merah


Tak payah pakai alas paper pun ok

Cara-cara:

  1. Ayak kesemua bahan bertanda *. Ketepikan.
  2. Putar dan mentega hingga berkrim dan masukkan esen vanilla dan kuning telur (jangan lama sangat, nanti biskut kembang sangat).
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga doh menjadi lembut dan boleh ditekan.
  4. Panaskan oven pada suhu 175°C selama 15 minit.
  5. Lengserkan dulang pembakar dengan sedikit mentega/marjerin.
  6. Masukkan doh ke dalam acuan samperit dan tekan. Buat sehingga memenuhi dulang.
  7. Gunakan cucuk sate dan celupkan ke dalam pewarna merah. Titikkan ke atas bahagian tengan kuih (untuk menggantikan ceri merah – Mrs K takde).
  8. Bakar selama 12 – 13 minit dan sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Nota:
Biskut resipi olahan Mrs K ni melt in ur mouth dan ringan teksturnya.

Iftar Day 12

Sahur:


KUEYTIOW GORENG
Olahan:

Bahan-bahan:

1 paket kuey tiow – dibilas dengan air untuk buang minyak
3 pokok daun kucai – dipotong 3 inci panjang
2 biji telur – digoreng hancur, ketepikan
3 ekor sotong – dipotong bulat
1/2 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
Minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga garing.
  2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Tumis sebentar.
  3. Masukkan sotong dan tumis sebentar.
  4. Masukkan kuey tiow dan gaul rata. Masukkan kucai dan telur dan kacau rata lagi sebelum dihidangkan.


BERBUKA:

IKAN TERUBUK BAKAR DAN AIR ASAM
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

1 ekor ikan terubuk sederhana – dibersihkan dan ditarik bahagian ekor (untuk meluruskan tulangnya)
1 sudu besar serbuk kari ikan
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
  1. Lumurkan kesemua bahan pada ikan dan panggang hingga masak. (Mrs K guna magic pan).

AIR ASAM
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar – dipotong dadu
1 biji cili merah – dihiris nipis
5 biji cili padi – dihiris nipis
1 biji tomato – dipotong dadu
3/4 cawan air asam jawa pekat
1 sudu teh garam
2 sudu teh gula perang
1 sudu besar cili kisar (bwg besar + bwg putih + cili kering)

Cara-cara:
  1. Campurkan kesemua bahan dan perasakan secukupnya.


IKAN MAYONG MASAK TEMPOYAK
Sumber: Mak

Bahan-bahan:

3 ketul ikan mayong – dibersihkan dan direndam dalam air asam jawa
1/2 batang bunga kantan
4 tangkai daun kesum
1 batang serai – diketuk
1/2 biji timun – dipotong besar
3 sudu besar tempoyak
Air
Garam secukupnya

Bahan-bahan ditumbuk:

1 biji cili merah
5 biji cili padi
2 inci kunyit hidup

Cara-cara:
  1. Masukkan tempoyak dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
  2. Masukkan air (mengikut kepekatan yang dikehendaki).
  3. Masukkan serai dan jerang di atas api.
  4. Setelah mendidih, masukkan ikan mayong dan bunga kantan dan biarkan mendidih lagi.
  5. Masukkan daun kesum dan perasakan secukupnya sebelum diangkat.


RENDANG AYAM KAMPUNG TUA
Sumber: Mak
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam kampung tua – direbus dengan air dan sedikit cuka untuk melembutkannya
1 batang serai – dihiris nipis
3 biji bawang kecil – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 inci halia – dihiris nipis
1 helai daun kunyit – dihiris nipis
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
20 tangkai cili kering – direbus dan dibuang biji
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
2 inci kunyit hidup
2 inci halia

Cara-cara:
  1. Setelah ayam agak empuk (jangan buang air), tuangkan bahan kisar, santan dan bahan hiris.
  2. Renihkan sehingga kuah memekat dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Setelah cukup pekat, bolehlah diangkat.

Thursday, July 25, 2013

Buka puasa berjemaah

Hari Sabtu minggu lepas, family Mrs K berbuka puasa beramai-ramai dengan few family members from En K's side. Yang datang masa tu, Mak Ndak, Salina, Sofea, MIL, Yus and family dan Along Salwa and family. Meriah. Pagi Sabtu tu kitorang pergi pasar borong beli stok yang memang kebetulan dah nak habis. Plannya nak masak nasi ketumbar, ayam/daging masak hitam, jelatah, ikan goreng dan kuih lapis. Tapi in the end, tak jadi nak buat kuih lapis sebabnya dah kepenatan.

Sampai aje kat rumah, terus siang dan bersihkan ikan, sotong, udang. Terus masuk dalam fridge. Baru la start masak, sedar tak sedar, duduk kat dapur tu almost 5 jam. No wonder la macam sakit pinggang. Ada tambahan menu, request by Mak. Mak nak dalca sayuran. Ok la, layan je.

NASI KETUMBAR
Sumber: CT Delima
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

5 cawan (150 g) beras basmathi - dibasuh dan direndam beberapa jam, ditoskan airnya
1 batang serai - diketuk
3 helai daun pandan - disimpul
Maggi Cukup Rasa secukupnya
5 cawan air rebusan ayam
3 sudu besar minyak masak
1/2 buku mentega
Beberapa titik pewarna hijau

Bahan-bahan dikisar halus:
2 inci halia
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
3 pokok daun ketumbar bersama akarnya - dicuci bersih

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan mentega dalam periuk hingga cair. Tumis serai seketika dan masukkan bahan kisar.
  2. Tumis hingga wangi dan pekat.
  3. Masukkan beras dan gaul rata. Tutup api dan pindahkan beras ke dalam periuk nasi elektrik.
  4. Tuangkan air rebusan ayam, masukkan daun pandan dan Maggi Cukup Rasa, gaul rata.
  5. Tanak nasi seperti biasa.
  6. Setelah nasi masak, titikkan pewarna hijau, biarkan meresap seketika barulah dikaup perlahan-lahan (untuk mengelakkan nasi patah).

Nota:
Nasi ni sedap dimakan begitu sahaja. Memang favourite family Mrs K. Sesuai juga dimakan dengan ayam masak merah atau rendang.




DALCA SAYURAN DAN AYAM
Sumber: Mak

Bahan-bahan:

Ketulan kecil ayam (bahagian leher, pedal dihiris nipis, tulang-tulang ayam) - dibersihkan
1 cawan kacang dal (direndam 1 jam - direbus hingga kembang, ditoskan)
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
3 biji bawang kecil - dihiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - diracik halus
4 sudu besar rempah kari daging - tambah sedikit air supaya menjadi pes
2 tangkai daun kari
1 cawan santan pekat
1 1/2 cawan santan cair
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa

Sayur-sayuran:
1 biji kentang sederhana - dibelah 4
1 biji terung bulat sederhana - dibelah 4
2 batang lobak merah - dipotong memanjang
1 biji bawang besar - dibelah 4
10 urat kacang panjang - dihiris panjang
2 biji tomato - dibelah 4

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga wangi.
  2. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia. Tumis hingga layu.
  3. Masukkan pes kari dan daun kari. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan ayam dan tumis sebentar. Masukkan santan cair dan kentang. Tutup periuk dan biarkan kentang empuk.
  5. Setelah empuk, masukkan terung bulat dan lobak merah. Renihkan sebentar.
  6. Masukkan kacang dal, bawang besar, kacang panjang, tomato dan santan pekat. Didihkan.
  7. Setelah mendidih, masukkan garam. Kalau terlalu pekat, bolehlah masukkan sedikit air.
  8. Didihkan sekali lagi dan tutup api.


DAGING MASAK HITAM
Sumber: Che Sue
Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:

1 kg daging batang pinang (atau ketulan ayam) - direbus dan dihiris nipis
Cuka dan kicap manis secukupnya
1 batang serai - diketuk
1 biji kentang - didadu besar dan digoreng
1 pokok daun ketumbar
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar:

Segenggam cili kering - dipotong dan direbus, buang biji
1 inci halia
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih

Cara-cara:

  1. Perap daging dengan cuka dan kicap manis beberapa jam.
  2. Toskan daging (air perapan jangan dibuang). Panaskan minyak dan goreng daging seketika. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  3. Gunakan minyak yang sama dan tumis bahan kisar bersama serai hingga betul-betul garing.
  4. Masukkan daging dan air perapan. Didihkan.
  5. Setelah kuah agak pekat, masukkan kentang dan daun ketumbar. Kacau sebentar dan tutup api.


JELATAH
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:

1/2 biji nanas madu - dipotong kecil
1 biji timun Jepun - dihiris nipis
1/2 biji bawang besar - dihiris nipis
1 biji cili merah - dihiris nipis
1 biji cili hijau - dihiris nipis
1 sudu besar cuka
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara:

  1. Gaulkan kesemua bahan dan hidangkan segera.

Tuesday, July 23, 2013

Projek frozen currypuffs

Minggu kedua bulan puasa, Mrs K ada buat 2 jenis kuih untuk difrozenkan. Popiah dan karipap, tapi buat dua hari berlainan. Bukan apa, takut tak sempat nak buat, so buat frozen. Bila takde idea nak buat kuih, keluarkan dan goreng je.

Untuk frozenkan karipap, lepas siap bubuh inti dan kelim, susun dalam dulang dan masukkan dalam icebox dan biarkan beku lebih kurang 1/2 jam. Lepas tu, keluarkan dan susun dalam bekas khas untuk frozen food (e.g., Freezermate Tupperware).

Cara lain pulak, goreng separuh masak dan bekukan. Lepas tu simpan dalam bekas juga.


KARIPAP KENTANG DAN DAGING
Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan untuk kulit:
2 cawan tepung superfine/gandum
3 sudu besar minyak masak
1/2 ketul mentega
1 sudu besar shortening
Air sejuk + garam (agak-agak)

Bahan-bahan inti:
1 keping daging kisar Ramly
2 biji kentang (besar) – didadu
2 tangkai daun kari
1 pokok daun ketumbar – dihiris
3 ulas bawang putih – ditumbuk
1 biji bawang besar – didadu
1/2 cawan udang kering – direndam sebentar dan ditumbuk
3 sudu besar serbuk kari daging + air – dijadikan pes
Gula pasir dan garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Inti:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan udang kering hingga wangi dan agak garing.
  2. Masukkan pes kari dan daun kari. Tumis sebentar dan masukkan gula pasir. Tumis hingga garing.
  3. Masukkan daging kisar, tumis sebentar. Kemudian, masukkan kentang, bawang besar dan daun ketumbar, gaul sebentar dan masukkan air secukupnya untuk mengempukkan kentang.
  4. Kacau sekali-sekala sehingga kentang empuk, perasakan.
  5. Masak sehingga kuah pekat dan kering. Biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam kulit karipap.
Kulit:
  1. Panaskan minyak dan mentega.
  2. Sediakan bekas untuk menguli. Masukkan tepung dan shortening, lubangkan bahagian tengah dan tuangkan campuran minyak.
  3. Kalau takut panas, gunakan senduk kayu untuk menggaul (Mrs. K just guna tangan dan ramas-ramaskan hingga jadi macam serbuk roti).
  4. Tuangkan air sejuk bergaram sedikit demi sedikit dan uli hingga doh boleh dikepal.
  5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Buat sehingga habis.
  6. Ambil satu doh yang sudah dibulat-bulatkan. Canaikan dalam bentuk bujur dan letakkan 1 sudu besar inti. Lipat 2 dan kelim hingga menutupi keseluruhan inti. Susun di atas dulang yang telah ditabur dengan sedikit tepung (untuk mengelakkan karipap melekat). Buat sehingga habis.
  7. Panaskan minyak dan goreng karipap hingga kuning keemasan.