Saturday, December 29, 2012

AYAM KAPRAU

Sumber: Kak Jee

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
3 ketul isi ayam - dipotong kiub
1 1/2 sudu besar pes tomyam dalam botol
1 biji bawang besar - dibelah 8
7 biji cili padi - diketuk/dipecahkan
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar kicap manis
1/4 biji capsicum hijau - dipotong dau
1 biji cili merah - dihiris kasar dan dibuang biji
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
Perap isi ayam dengan pes tomyam selama 1/2 jam atau lebih.

Panaskan minyak dan tumis separuh daripada bawang besar hingga layu.

Masukkan cili padi dan tumis lagi barulah dimasukkan ayam yang telah diperap. Kacau rata dan masukkan sos cili dan kicap manis. Jika perlu tambahkan sedikit air.

Setelah mendidih, masukkan capsium, cili merah dan balance bawang besar. Kacau rata dan padamkan api.

Friday, December 28, 2012

SAMBAL SARDIN

Olahan: mrskojiwami

En K cicah dengan Pumpkin Bun

Bahan-bahan:
1 tin sederhana sardin
3 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
1 inci halia - dihiris
1 senduk cili kisar (cili kering + bawang besar + bawang putih)
1 sudu besar sos tiram
1 keping asam gelugur
Air secukupnya
Garam secukup rasa
5 biji cili padi - diketuk
1 biji cili merah - dihiris kasar dan dibuang biji
Minyak untuk menumis


Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan hiris sehingga wangi.

Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga terbit minyak. Masukkan sos tiram dan tumis seketika.

Masukkan sardin, air dan asam gelugur.

Setelah mendidih, masukkan cili padi dan cili merah. Setelah kuah mendidih, masukkan garam secukup rasa. Setelah kuah pekat, padamkan api.

RENDANG AYAM

Semalam masa singgah kat SACC Mall tu, Qayyum ternampak ada orang jual ketupat....dia pun mintak. Actually dia dah mintak since Raya hari tu lagi, tapi lepas tu tak jumpa pulak orang jual. Kesian kat dia, so beli la ketupat nasi RM5, ketupat palas RM5 sebab En K suka ketupat palas. Memula nak beli rendang sekali, tanya-tanya harga, mak oii mahalnya. 300 gm rendang tok, harga RM18, paling sikit boleh beli RM12 - 200 gm. Rendang daging 3 ketul RM15....adoii laa...baik la aku masak sendiri....terjamin freshly cooked dan tak kering sebab dah dipanaskan berulang kali. So beli je ketupat.

Balik rumah, thaw ayam....baru la start merendang....

RENDANG AYAM

Olahan: mrskojiwami


Bahan-bahan:
10 ketul (kecil) ayam
1 helai daun kunyit (besar)
1 batang serai - dihiris nipis
2 sudu besar minyak jagung
1/2 kotak santan (trim)
Sedikit air
1 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
1 1/2 senduk pes rendang*

Pes rendang:
1 genggam cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 biji buah keras
1 batang serai
1 inci kunyit hidup
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih


Cara-cara:
Kisar bahan-bahan pes rendang hingga halus.

Panaskan minyak dan tumis pes rendang sehingga pecah minyak.

Masukkan ayam dan kacau rata.

Masukkan sedikit air dan santan dan didihkan.

Daun kunyit dibahagikan dua, sebelah dicarik-carik, dan sebelah lagi dihiris halus.

Masukkan asam keping dan kacau sekali-sekala sehingga mendidih.

Setelah mendidih, keluarkan asam keping dan masukkan kedua-dua jenis daun kunyit.

Perasakan dan renihkan sehingga ayam empuk. Terpulang sekiranya nak kuah pekat atau kering.

SB - PJ - SA - SB

Semalam aku on leave, ada hal di Putrajaya. Urusan settled dalam pukul 2 pm. Penat dan lapar. En K dah la baru je balik pagi tadi, baru habis dismantle. Kesian juga kat dia, tapi tu la...dah la bawa kiddos juga, ni En K la punya suggestion. Lepas settle, kitorang ke Shah Alam pulak. Ingatkan nak pegi Space U8, tapi sms Abby dan Muni dua2 pun x jawab, so malas nak cari, last sekali kitorang ke SACC Mall aje. Terus cari restoran sebab lapar sangat....pagi tadi breakfast cincai aje. Pilih-pilih last skali ktrg masuk Uncle K Kopitiam. En K order Nasi Beriani Daging, aku lak order Nasi Khabsah Kambing. Haqimie order roti canai je. Sedap Nasi Khabsah tu, lagi sedap dari yang pernah aku makan kat restoran nasi arab yang real punya.

Lepas tu jenjalan ke Giant kejap, cari bahan-bahan nak buat marble cake untuk Yong yang mengorder since malam esok aku akan balik kg, mak nak stay kat rumah Yong pulak. Tapi hari ni cuaca sangat mendung, tapi sangat panas...dan aku sekarang pun tengah sakit kepala. Nak buat kek ni kena buat malam ni, esok tak sempat, sbb lepas balik keje terus nak bertolak.

Memula ingatkan nak buat carrot cake sama, tapi rasanya tak larat kot....

SHIITAKE MUSHROOM SOUP

Olahan: mrskojiwami

Bahan-bahan:
4 biji shiitake mushroom - dicincang halus
3 ulas bawang putih - dicincang halus
1 biji bawang besar - dicincang halus
1/2 kotak UHT Whipped Cream (aku guna brand Anchor)
1 cawan susu segar
2 sudu besar olive oil
1 sudu besar butter
1 sudu besar tepung superfine/gandum
1/2 sudu teh MAGGI Cukup Rasa
Sedikit air


Cara-cara:
Panaskan olive oil dan butter, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga betul-betul layu.

Masukkan cendawan dan tumis lagi hingga cendawan betul-betul layu.

Masukkan susu segar dan whipped cream. Setelah mendidih, masukkan air dan Cukup Rasa. Renihkan sambil dikacau selalu hingga likat, padamkan api.