Wednesday, May 16, 2018

Menu 14 Mei 2018


Pajeri Terung

Bahan-bahan:

3 biji terung panjang (sederhana besar) – dibelah 2 tanpa putus
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 sudu besar kerisik
1/2 kotak santan
Air secukupnya
2 sudu besar gula
1 peket serbuk kari daging Baba's
3 tangkai daun kari
1/4 sudu teh pes asam jawa Adabi
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
6 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan ditumbuk kasar:

3 biji bawang merah – dipotong kecil
2 ulas bawang putih – dipotong kecil
1 inci halia – dipotong kecil
1/2 cawan udang kering – direndam sebentar

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, daun kari dan bahan tumbuk hingga harum dan keperangan.
  2. Masukkan serbuk kari dan kacau rata hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula, kerisik, air, santan, asam jawa, garam, MCR dan terung. Perlahankan api dan renihkan hingga kuah semakin pekat dan santan pecah minyak. Kacau sekali sekala perlahan-lahan untuk mengelakkan terung pecah.
  4. Setelah kuah pekat, tutup api dan hidangkan.






Sambal Tumis Telur Rebus

Bahan-bahan:

5 biji telur – direbus dan dikupas
1 biji bawang besar – dihiris kasar, dibahagi 2
1 keping asam gelugur
1 sudu teh gula melaka
2 sudu besar sos tiram
Garam, Maggi Cukup Rasa dan air secukupnya
6 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:

1 1/2 cawan cili kering – dibuang biji dan direbus hingga lembut
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil
1 inci belacan bakar
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis separuh hirisan bawang Holland hingga layu dan perang.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula melaka dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air, baki hirisan bawang Holland, asam gelugur, garam dan MCR dan kacau rata. Kemudian, masukkan telur rebus.
  5. Kacau sekali sekala hingga sambal sedikit pekat.





Sotong Masak Lada Hitam

Bahan-bahan:

400 gm sotong – dibuang kulit dan dihiris bulat setebal 2 cm
2 tangkai daun limau purut
1/2 batang lobak merah – dihiris bulat
1/4 biji bunga kubis – dipotong kecil
1/4 biji brokoli – dipotong kecil
1/4 biji lada benggala merah – dihiris kasar
5 biji cili padi hijau – dipotong 2
1/4 biji bawang Holland – dibelah 2
5 sudu besar cili kisar (sama resipi seperti di atas)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar sos cili
Sedikit kicap manis ABC
Sedikit minyak bijan
Sedikit sos ikan
5 sudu besar minyak masak
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Tumis cili kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan sos tiram, sos lada hitam, sos cili, minyak bijan dan sos ikan. Kacau rata beberapa minit.
  2. Masukkan lobak merah, bunga kubis, lada benggala, bawang Holland dan sedikit air. Renihkan.
  3. Setelah lobak merah lembut, masukkan sotong, brokoli, cili padi, garam dan MCR. Kacau rata hingga sotong masak dan tutup api.

Tuesday, May 15, 2018

Menu 13 Mei 2018


Ikan Cencaru Sumbat Sambal Tabur Bawang Goreng

Inspirasi: IG @wanakamal79

Diolah oleh: mrskojiwami

Bahan-bahan:

3 ekor ikan cencaru – dibelah belakang
Sedikit serbuk kunyit dan garam
Minyak untuk menggoreng + 1 sudu besar marjerin Daisy
2 biji bawang besar – dihiris nipis

Bahan-bahan ditumbuk:

3 biji cili merah – dipotong kecil
2 biji bawang merah – dipotong kecil
1 inci belacan bakar
Secubit garam


Cara-cara:

  1. Panaskan campuran minyak dan goreng bawang hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam termasuk bahagian dalam yang dibelah.
  3. Sumbatkan sambal ke dalam bahagian yang dibelah padat-padat.
  4. Goreng ikan hingga garing.
  5. Susun di dalam pinggan dan taburkan bawang goreng.




Asparagus Goreng Bawang Putih

Bahan-bahan:

1 ikat asparagus – dipotong serong 4 cm panjang
1/4 biji lada benggala merah – dihiris kasar
1 batang cendawan King – dihiris kasar
4 ulas bawang putih – dihiris
1/4 biji bawang Holland – dihiris nipis
1 sudu besar minyak kelapa
1/2 sudu teh minyak bijan
Sedikit air
Sedikit renjisan Maggi Seasoning
Maggi Cukup Rasa secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak kelapa dan bijan dan tumis bawang putih dan bawang Holland hingga layu.
  2. Masukkan sayu-sayuran dan tumis di atas api besar.
  3. Masukkan air, MS dan MCR secukup rasa. Setelah sayur agak lembut tutup api.






Sup Ekor Lembu Simple

Bahan-bahan:

1/2 peket ekor lembu frozen – dinyahbekukan
1 sudu besar cuka
Air secukupnya untuk merebus
1 biji kentang – dipotong 6
1/2 batang lobak merah – dipotong jejari
1/2 biji bawang Holland – dipotong 3
5 ulas bawang putih – diketuk dan dicincang kasar
1 peket Sup Bunjut Adabi
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya
Sedikit jus limau nipis
Bawang goreng*

Cara-cara:

  1. Rebus ekor lembu bersama air dan cuka hingga empuk. Buang airnya dan toskan.
  2. Sediakan periuk berasingan dan masukkan ekor lembu yang direbus bersama bahan-bahan lain kecuali jus limau nipis, bawang goreng, garam dan MCR.
  3. Rebus di atas api kecil (bertutup) hingga mendidih dan kentang empuk.
  4. Masukkan garam dan MCR dan sesuaikan rasa.
  5. Tutup api dan masukkan jus limau nipis. Kacau rata.
  6. Taburkan bawang goreng semasa menghidang.
*Bawang goreng garing (crispy) – tips dari IG shiela.d.dapoq dan diolah oleh mrskojiwami

5 ulas bawang merah – dihiris nipis
Minyak + 1 sudu besar marjerin Daisy

Panaskan minyak dan marjerin.
Goreng bawang di atas api sederhana dan kacau selalu hingga perang keemasan. Toskan minyak dan biarkan sejuk sedikit kemudian masukkan ke dalam balang kedap udara.

Menu 9 Mei 2018


Ikan Jenahak Masak Kicap

Bahan-bahan:

2 keping ikan jenahak
Serbuk kunyit dan garam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
2 biji bawang merah – dihiris nipis
1 ulas bawang putih – dihiris nipis
1/2 inci halia – dihiris mancis
4 sudu besar cili kisar
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
3 biji cili padi merah – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
Kicap masin Tamin dan kicap ABC secukupnya
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukup rasa (jika perlu)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak. Sementara itu, gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam kemudian goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan tinggalkan dalam 6 sudu besar. Tumis pula bawang merah, bawang putih dan halia hingga layu.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan sos tiram, sos cili, serbuk lada hitam, kicap masin dan kicap ABC dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan air secukupnya dan biarkan mendidih. Kemudian, masukkan ikan goreng, cili padi dan bawang besar. Kacau rata, sesuaikan rasa dan tutup api.





Masak Lemak Labu dan Ikan Bilis

Bahan-bahan:

1/2 biji labu kuning (manis) – dipotong kiub
1/2 helai daun kunyit – diracik
1 batang serai – diketuk
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Santan (kotak) dan air secukupnya
1 keping asam gelugur
Garam dan Maggi Cukup Rasa secukupnya

Bahan-bahan ditumbuk kasar:

Segenggam ikan bilis – direndam sebentar
1 biji cili merah – dipotong kecil
2 biji bawang merah – dipotong kecil

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan tumbuk, air, serbuk kunyit, serai, daun kunyit dan labu ke dalam periuk dan didihkan.
  2. Setelah labu setengah masak, masukkan santan dan asam gelugur. Perlahankan api, masak hingga mendidih sambil dikacau selalu.
  3. Sesuaikan rasa dan setelah labu empuk, tutup api.





Ala Korean Spicy Fried Chicken

Bahan-bahan:

1/2 peket drummet Ayamas (Original) – digoreng garing
2 sudu besar bijan putih – digoreng tanpa minyak
5 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili Thai
1 sudu besar madu
1 sudu besar sos lada hitam Swiss Bear
Sedikit air, garam dan Maggi Cukup Rasa
3 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis cili kisar hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos cili Thai, madu, sos lada hitam, air, garam dan MCR.
  3. Kacau rata dan setelah mendidih, masukkan ayam goreng. Gaul rata supaya bersalut.
  4. Setelah agak pekat dan kering taburkan separuh bijan dan gaul rata.
  5. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan kemudian taburkan baki bijan.

Menu 8 Mei 2018


Gulai Tempoyak Ikan Senangin

Bahan-bahan:

2 ketul ikan senangin
1/2 batang bunga kantan
Segenggam daun kesum (tanpa tangkai)
Sedikit daun kunyit – diracik
1 batang serai – diketuk
Air secukupnya
1 keping asam gelugur
Garam dan Maggi Cukup Rasa (secukup rasa)

Bahan-bahan dikisar halus:

1 biji cili merah – dipotong kecil
5 biji cili padi hijau – dipotong kecil
1 biji bawang merah – dipotong kecil
1 inci kunyit – dipotong kecil
1 sudu besar tempoyak
Sedikit air

Cara-cara:

  1. Masukkan bahan kisar, air, daun kunyit dan serai ke dalam periuk dan didihkan.
  2. Masukkan ikan, bunga kantan, daun kesum, asam gelugur, garam dan MCR.
  3. Perlahankan api dan renihkan hingga ikan masak.






Ikan Pari Masak Gerang Asam

Sumber: Google

Bahan-bahan:

1 ekor ikan pari sederhana besar – dipotong kepada beberapa bahagian
1 biji terung bulat – dibelah 6
2 potong nanas madu – dipotong kecil
1/2 batang bunga kantan
Segenggam daun kesum (tanpa tangkai)
2 tangkai daun limau purut
1 sudu besar pes asam jawa Adabi
Air secukupnya
Garam dan Maggi Cukup Rasa
1 senduk kecil minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:

2 cawan cili kering – dipotong kecil, dibuang biji dan direndam air panas
3 biji bawang merah – dipotong kecil
2 ulas bawang putih – dipotong kecil
1/2 biji bawang besar – dipotong kecil
2 inci halia – dipotong kecil
1 inci lengkuas – dipotong kecil
1 inci kunyit – dipotong kecil
1 batang serai (besar) – dipotong kecil
1 inci belacan – dibakar
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar di atas api sederhana hingga pecah minyak sambil dikacau selalu.
  2. Masukkan air dan pes asam jawa. Kacau dan biarkan merenih.
  3. Masukkan terung, bunga kantan, daun kesum dan daun limau purut. Biarkan mendidih.
  4. Kemudian, masukkan ikan pari, nanas, garam dan MCR secukup rasa. Renihkan lagi dan sesuaikan rasa.





Nasi Goreng Ulam dan Ikan Masin

Bahan-bahan:

2 1/2 cawan nasi sejuk – digemburkan
Segenggam ikan kurau masin – digunting kecil
3 biji bawang merah – dihiris nipis
5 biji cili padi hijau – ditumbuk halus
1/2 helai daun kunyit – dihiris nipis
10 helai daun kaduk – dihiris nipis
Segenggam daun kesum tanpa tangkai – dihiris nipis
2 tangkai daun limau purut – dibuang urat dan dihiris nipis
1/2 tangkai bunga kantan – dihiris nipis
Garam dan Maggi Cukup Rasa (secukup rasa)
2 sudu besar minyak kelapa

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan goreng ikan masin hingga garing. Ketepikan dan masukkan bawang merah dan tumis hingga layu bersama ikan masin tadi.
  2. Masukkan nasi, ulam-ulaman, garam dan MCR secukup rasa.
  3. Goreng beberapa minit hingga rata dan sedia dihidangkan.

Sunday, May 6, 2018

Menu 6 Mei 2018


Kacang Buncis Goreng Telur

Bahan-bahan:

10 tangkai kacang buncis – dibuang urat dan dipotong serong 4 cm panjang
1 biji cili merah – dihiris serong
1 biji telur
1/2 biji bawang besar – dihiris kasar
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
1 sudu besar sos ikan
1/2 sudu teh minyak bijan + 1/2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga harum.
  2. Masukkan kacang buncis, cili merah, bawang besar dan sos ikan. Besarkan api dan kacau hingga lembut.
  3. Buat ruang dan pecahkan telur. Setelah agak mengeras, kacau bersama sayur hingga masak.


Sotong Masak Kicap

Bahan-bahan:

8 ekor sotong (bertelur) – dibuang kulit luar
1/4 biji lobak merah – dipotong seperti mancis
1 biji cili hijau – dihiris kasar (serong)
3 biji cili padi merah – dibelah 2 tanpa putus
1/2 biji bawang Holland – dihiris kasar
3 ulas bawang putih – dihiris nipis
2 biji bawang merah – dihiris nipis
1/2 inci halia – dihiris batang mancis
1/2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
2 sudu besar cili kisar
Kicap masin Tamin secukupnya
Kicap ABC secukupnya
Air, garam dan Maggi Cukup Rasa
2 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
  1. Panaskan kuali non-stick dan masukkan sotong. Kacau hingga keluar airnya dan sotong berubah warna. Keluarkan dan cuci kuali.
  2. Panaskan semula kuali dan tuangkan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga hingga layu dan harum baunya.
  3. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  4. Masukkan kicap masin dan kicap ABC. Kacau rata dan masukkan sedikit air (ikut suka hendak kuah banyak mana).
  5. Masukkan lobak merah dan bawang Holland dan masak hingga mendidih.
  6. Masukkan sotong, cili hijau dan cili padi. Kacau sebentar dan tutup api.