Monday, December 9, 2013

Telur Angsa Masak Gulai Lemak Cili Padi



Sumber: mrskojiwami

Bahan-bahan:
2 biji telur angsa
1 batang serai – diketuk
1/2 helai daun kunyit
1 keping asam keping
1 kotak santan + 1/2 cawan air
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan-bahan tumbuk:
1 biji cili merah
5 biji cili padi

Cara-cara:
  1. Masukkan santan, serbuk kunyit, serai, daun kunyit, asam keping dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
  2. Pecahkan telur di dalam mangkuk kemudian tuangkan sebiji demi sebiji ke dalam periuk.
  3. Masak di atas api sederhana, kacau selalu sehingga telur kental. Perasakan secukupnya.
  4. Setelah mendidih, tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Six Layer Rainbow Cake for Haqimie's Birthday

1st attempt. Deco 'asal boleh' je. Untuk resepi asal, boleh rujuk pada link. Mine is modified version. Tapi end product jadi je cuma kena lebihkan frosting tu baru cantik. First time melayer cake dan menyalut kek. Next time, boleh buat tebal-tebal sikit.

Sumber: Secubit Garam

Resepi asal: Kaitlin Flannery

Rujukan: Madiha@Ratna & K. Nor

Bahan-bahan kek:
3 cawan tepung kek – diayak
1/2 sudu kecil garam halus
1 cawan mentega Anchor (suhu bilik)
1 1/2 cawan gula kastor
5 biji putih telur (suhu bilik)
2 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan susu segar (suhu bilik)
Pewarna – ungu, biru, hijau, merah jambu, oren, kuning – 1/2 sudu teh untuk setiap pewarna
Loyang 8”
Pelapik baking sheet 8” sebagai alas loyang
Sedikit mentega – untuk gris

Cara-cara:

  1. Panaskan oven pada suhu 180°C.
  2. Sediakan loyang. Alaskan dasar loyang dengan baking sheet dan sapukan mentega pada baking sheet dan sekeliling loyang. Ketepikan.
  3. Ayak tepung bersama garam. Ketepikan.
  4. Putar mentega dan gula sehingga kembang dan gebu. Masukkan putih telur sedikit demi sedikit sambil terus memutar. Masukkan esen vanila pula.
  5. Masukkan tepung dan susu segar berselang-seli (dimulai dengan tepung dan diakhiri juga dengan tepung).
  6. Setelah sebati, tutup mixer. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian sama banyak. Masukkan pewarna dan kacau rata.
  7. Masukkan adunan berwarna ungu ke dalam loyang dan bakar selama 15 minit. Setelah masak, keluarkan dan sejukkan di atas redai bersama dengan lapik baking sheet. Jangan buang dulu lapik untuk memudahkan kerja melapis kek.
  8. Ulang untuk adunan yang lain sehingga habis.
  9. Setelah kek sejuk sepenuhnya, bolehlah mula melapis dengan cream cheese frosting. Selepas melapis, sejukkan di dalam peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong.

Cream Cheese Frosting

Bahan-bahan:
250 g cream cheese Tatura
125 g mentega Anchor
3/4 cawan gula kastor
1 sudu teh esen vanila
1/2 sudu besar jus lemon

Cara-cara:

  1. Putar kesemua bahan hingga kembang dan gebu. Simpan di dalam peti sejuk setengah jam sebelum digunakan.
















Nasi Goreng Belacan

Bahan-bahan:
4 cawan nasi – digemburkan
2 1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
3 sudu besar minyak masak
3 biji telur

Bahan-bahan ditumbuk kasar:
1 biji cili merah
6 biji cili padi
2 inci belacan
1/2 cawan ikan bilis – direndam sebentar
4 biji bawang merah

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga wangi, masukkan Maggi Cukup Rasa dan kacau rata.
  2. Setelah agak garing, masukkan telur, biarkan keras sedikit kemudian kacau supaya bersalut dengan bahan tumis.
  3. Masukkan nasi dan gaul rata, goreng lebih kurang 5 minit sebelum diangkat.
  4. Sedia dihidangkan.

Friday, December 6, 2013

Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin – dipotong 4
1/2 biji timun – dibelah 4
3 sudu besar tempoyak
1 batang serai – diketuk
3 tangkai daun kesum
Air secukupnya

Bahan-bahan tumbuk:
1 ketul kunyit hidup
7 biji cili padi (atau lebih)

Cara-cara:

  • Masukkan air ke dalam periuk bersama tempoyak, serai dan bahan tumbuk. Gaul rata dengan senduk. Jerangkan di atas api.
  • Setelah mendidih, masukkan ikan. Renihkan lagi.
  • Setelah mendidih, masukkan timun dan garam. Didihkan sekali lagi dan tutup api.

Sambal Tumis Udang dan Petai

Bahan-bahan:
1/2 kg udang sederhana – dikupas kulit
3 papan petai – diambil isi
1/2 biji bawang kuning – dihiris kasar
1 sudu besar sos tiram
4 sudu besar minyak
1/4 cawan air asam jawa
1/2 sudu besar gula perang

Bahan-bahan dikisar:
25 tangkai cili kering
3 biji bawang besar
4 ulas bawang putih

Cara-cara:

  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga mendidih. Masukkan gula perang dan sos tiram dan tumis lagi sehingga pecah minyak dan garing.
  • Masukkan petai dan tumis lagi, kemudian masukkan udang, kacau sebentar, masukkan sedikit air jika perlu.
  • Kemudian, masukkan bawang kuning, air asam jawa dan garam.
  • Setelah cukup rasa, tutup api dan hidangkan.