Monday, September 9, 2013

Roti Goreng

Roti Goreng

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:

5 keping roti Gardenia - dipotong empat
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan dibancuh bersama (batter):

3 sudu besar tepung rangup (dalam kotak)
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 biji telur
1 sudu teh Italian Mixed Herbs (dalam botol)
Air secukupnya (untuk bancuhan sederhana pekat, jangan terlalu cair)

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, celupkan kepingan roti ke dalam batter.
  2. Goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan minyak.
  3. Sedap dicicah dengan sos cili.


2nd attempt

Atas permintaan Qayyum, maka mamanya pun buat la sekali lagi kuih ni untuk teatime hari ni. Alhamdulillah, even Rayyan pun makan 3 ketul, satu pencapaian tu. Qayyum err......tak sempat pulak nak kira, tengok-tengok 10 ketul saiz kuih lompang tu dah settle. Ada lagi sebenarmya, tapi biar dulu, hidang banyak-banyak nanti confirm ada yang buat playdoh pulak.

Resepi asal dari Yatie Memories. Pn Yatie guna perisa pandan, Mrs K saja ubah ke perisa pisang walaupun colournya hijau. Ok je, ekceli nak guna perisa apa pun takpe.

Di bawah ni resepi olahan Mrs K. Kalau nak yang original, boleh la ke blog Yatie Memories, k.

Kuih Lapis Pisang dan Coklat

Sumber: Yatie Memories
Olahan: mrskojiwami





Bahan-bahan A:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan B:
1 1/4 cawan gula halus
1 helai daun pandan - disimpul
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair

Bahan-bahan C:
3 sudu besar serbuk koko*
4 sudu besar air suam*
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil perisa pisang

Cara-cara:

  1. Mula-mula, satukan bahan-bahan B dan masak di atas api kecil hingga gula larut sepenuhnya. Tutup api dan biarkan suam. Ketepikan.
  2. Sementara itu, satukan kesemua bahan-bahan A dan kacau rata. Ketepikan.
  3. Panaskan pengukus, sediakan loyang. Mrs K just guna acuan kuih lompang dan trifle ayu, dan 1 biji acuan silikon bersaiz kecil. Balut penutup pengukus dengan kain bersih, Mrs K guna aluminium foil.
  4. Setelah air mendidih, masukkan acuan ke dalam pengukus dan panaskan seketika.
  5. Setelah adunan B suam, tuangkan ke dalam adunan A. Kacau rata.
  6. Sediakan 2 biji bekas berasingan dan tapis adunan A + B sama rata ke dalam kedua-dua bekas itu.
  7. Satukan bahan bertanda *.
  8. Satu bekas dicampur dengan campuran serbuk koko dan satu bekas lagi dicampur dengan pewarna hijau dan perisa pisang.
  9. Tuangkan 1 sudu besar adunan hijau ke dalam acuan lompang, dan 2 senduk sup adunan hijau ke dalam acuan silikon.
  10. Tutup pengukus dan kukus selama 5-6 minit.
  11. Tuangkan pula 1 sudu besar adunan coklat ke dalam acuan lompang dan 2 senduk sup adunan coklat ke dalam acuan silikon.
  12. Tutup pengukus dan kukus selama 5-6 minit.
  13. Ulang kedua-dua proses 9-12 sehingga habis berselang-seli.
  14. Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit.
  15. Sejukkan sepenuhnya sebelum dikeluarkan dari acuan menggunakan lidi sate yang nipis (sebenarnya kalau guna loyang 8 x 8 inci macam Pn Yatie, tuang sedikit minyak dan lapik dengan plastik bersih supaya kuih senang dikeluarkan. Tapi acuan Mrs K kecik sangat, so tak sapu apa-apa, agak susah juga nak keluarkan dari acuan lompang, maybe lain kali kena sapu minyak nipis-nipis dalam acuan. Tapi untuk acuan silikon takde masalah.)




Nota:
Kuih ni sedap, rasa manis dia sedang-sedang aje. Gabungan rasa pandan/pisang dengan coklat memang ngam la untuk sesiapa yang suka rasa coklat tu, macam Qayyum, dia kan peminat coklat.

Sunday treat ~ 8 September 2013

Hari ni Mrs K agak rajin terlebih. Untuk breakfast tak masak, sebab kuih lapis semalam masih ada baki. Tapi Haqimie requested maggi pulak. So buat la sebungkus untuk dia, maggi kosong je pun. Mrs K terus je keluarkan daging, rendam dulu. Beli daging frozen, harap-harap tak liat macam hari tu. Dah la kengkadang skill memotong daging ke laut. Pastu sediakan bahan-bahan lain. Plan hari ni nak masak nasi jagung, rendang daging, ayam goreng berempah, air tembikai (balance tembikai tak habis, baik buat jus).

So, first thing first. Memula, sediakan bahan nak masak nasi. Jagung ada setongkol lagi, balance buat cucur jagung hari tu. Resepi ikut suka, main campak aje. Rendang daging tu pulak, resepi dari rendang ayam. Ayam goreng berempah pun resepi suka hati. Sayur tak de, sebab takde sayur yang sesuai. Anyway, jagung pun category fruit vegetable kan, so kira ada la sayur jugak kat situ :).

Nasi Jagung

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
4 pot beras basmathi - dibasuh bersih dan direndam lebih kurang 1 jam, toskan air
1 helai daun pandan - disimpul
1 batang serai - bahagian putih sahaja, diketuk
1/2 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1/2 cawan mentega
1 1/2 sudu besar minyak masak
1 tongkol jagung - diambil isinya
3 pokok daun ketumbar (dengan akar) - dibasuh bersih dan dicincang kasar
2 sudu kecil Maggi Cukup Rasa
1 sudu kecil garam halus
4 pot air
1/2 cawan susu cair
1 biji bawang besar - didadu
6 ulas bawang putih - dicincang

Cara-cara:
  1. Panaskan periuk nasi, masukkan mentega dan minyak masak. Setelah panas, masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, serai dan daun pandan. Tumis hingga naik bau.
  2. Kemudian, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis lagi hingga bawang layu dan kekuningan.
  3. Masukkan beras, gaul rata supaya bersalut dengan bahan tumis. Kemudian, masukkan jagung dan daun ketumbar. Gaul rata, masukkan air, Maggi Cukup Rasa dan garam. Masak nasi seperti biasa.
  4. Lebih kurang 15 minit sebelum nasi masak, masukkan susu cair, gaul rata. Biarkan nasi masak sepenuhnya. Kaup balikkan setelah nasi masak.


Nota:
  • Beras basmathi boleh digantikan dengan beras biasa, atau 2 pot beras basmathi dan 2 pot beras biasa.
  • Tujuan merendam beras basmathi adalah untuk memanjangkan saiznya, supaya nasi yang masak nanti lebih cantik.
  • Tujuan menggoreng beras terlebih dahulu bersama rencah tumis adalah untuk menjadikannya berderai dan tidak melekat.
  • Susu cair bertindak sebagai pelembut nasi, tak nak guna pun tak apa.


Rendang Pedas Daging

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
700 g daging lembu - dihiris nipis, dibasuh, ditoskan airnya
10 biji bawang kecil - dihiris nipis
5 ulas bawang putih - dihiris nipis
1 batang serai - bahagian putih, dihiris nipis
2 helai daun kunyit - digulung, dihiris nipis
1 keping asam keping
2 helai daun limau purut
1 kotak santan
1/2 kotak santan + air
1/2 keping kecil gula Melaka
1 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:
20 tangkai cili kering - dipotong kecil, dibuang biji, direbus, toskan
1 1/2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3 batang serai - bahagian putih, dihiris
1 1/2 inci halia
1 inci lengkuas
1 1/2 inci kunyit hidup
5 biji cili padi

Cara-cara:





  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga terbit minyak. Masukkan gula Melaka dan tumis lagi hingga terbit minyak.
  2. Masukkan daging dan gaul rata, biarkan sebentar hingga keluar air daging.
  3. Masukkan bahan-bahan dihiris nipis, daun limau purut, asam keping, kerisik dan santan (dua-dua). Renihkan di atas api sederhana, kacau sekali-sekala untuk mengelakkan bahagian bawah hangit.
  4. Setelah kuah agak pekat, masukkan garam, kalau dah cukup masam, boleh keluarkan asam keping. Perisakan secukupnya.
  5. Kepekatan kuah bergantung pada masing-masing.

Nota:
  • Hasil eksperimen Mrs K, penggunaan gula Melaka dalam masakan rendang lagi sedap dari menggunakan gula pasir atau gula perang, tapi tak boleh banyak, dalam 1/2 keping kecil je.
  • Dari blog Pn Aziejaya, hirisan bawang merah dan bawang putih yang banyak menyedapkan lagi rendang. True!
  • Kalau tak suka daun limau purut, boleh omit je.


Ayam Goreng Berempah

Sumber: mrskojiwami



Bahan-bahan:
7 ketul ayam - dibasuh bersih, ditoskan

Bahan-bahan perap:
1/2 biji bawang kuning - dihiris nipis
4 biji bawang merah - dihiris nipis
1/2 batang serai - bahagian putih, diketuk dan diceraikan
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk cili
1/2 paket kecil rempah kari daging
1 sudu teh jintan manis
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung rangup (kotak)
Air secukup (untuk bancuhan separuh pekat)
1 sudu besar minyak zaitun

Cara-cara:
  1. Bancuh bahan-bahan perap. Masukkan ayam dan gaul rata.
  2. Perap selama 1 jam atau lebih.
  3. Panaskan magic pan, bubuh sedikit minyak masak. Masukkan ayam dan tutup pan, masak di atas api sederhana.
  4. Lebih kurang 10 minit, buka pan dan balikkan ayam. Buat satu ruang, goreng bahan-bahan perap hingga garing. Angkat dan toskan minyak.
  5. Setelah ayam masak sepenuhnya, angkat dan toskan minyak.


Nota:
  • Walaupun resepi main campak je, tapi bau memang harum. Rasa pon ok, cuma hasil perapan tu tak berapa nak garing. Mungkin kena goreng dalam kuali biasa kot.


Blended Watermelon Juice

Sumber: mrskojiwami




Bahan-bahan:
1/2 biji tembikai - dipotong kecil dan dibuang biji dan kulit
6 sudu besar gula halus
1/2 cawan susu cair
Ais secukupnya
Air masak secukupnya

Cara-cara:
  1. Blend semua bahan (make sure blender tu boleh blend ais ya).
  2. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Friday, September 6, 2013

Kuah Durian

Kuah Durian

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:

10 ulas durian
1 helai daun pandan - disimpul
2 kotak santan
Secubit garam
4 sudu besar gula pasir

Cara-cara:

Satukan kesemua bahan dan renihkan di atas api sederhana. Kacau selalu supaya bahagian bawah tidak hangit. Sesuaikan rasa dan masak sehingga agak pekat, padamkan api.

Nota:
Sebagai kuah pencicah untuk pulut putih, roti putih atau biskut kering.

Gulai Lemak Cili Padi Ikan Patin

Gulai Lemak Cili Padi Ikan Patin

Sumber: mrskojiwami


Bahan-bahan:

5 ketul ikan patin yang sudah dibersihkan
1 batang serai - diketuk
1 helai daun kunyit - dicarik
1 keping asam keping
3 batang rebung jeruk - dibelah dua dan dipotong 5 cm panjang
3/4 kotak santan
1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk kasar:

1 inci kunyit hidup
1 biji cili merah
3 biji cili padi
1 ulas bawang merah

Cara-cara:


  1. Satukan bahan tumbuk dengan santan, air, serai, daun kunyit dan asam keping. Jerang di atas api perlahan dan kacau selalu supaya santan tidak pecah minyak.
  2. Setelah mendidih, masukkan ikan dan rebung. Renihkan dan perasakan secukupnya. Kacau sekali sekala perlahan-lahan untuk elakkan ikan hancur.
  3. Pastikan ikan masak sepenuhnya, barulah diangkat.