Monday, June 13, 2011

Petua: Anak demam/selsema

> Jika anak demam...pastikan anak itu dimandikan 3 kali sehari supaya panasnya keluar. Memang betul pun masa ibu jadi cikgu Sains dulu ada topik kenapa air panas dalam cawan teh akan sejuk dalam beberapa minit? Ini kerana haba panas akan bergerak keluar mencari kawasan sejuk.... samalah dengan suhu badan yang panas tadi.

> Bila selsema ...tetap mandikan 3 kali sehari...supaya bila selepas mandi, lendir itu akan mudah keluar. Namun sayangnya ramai ibu2 hari ini ingat jika selsema anak sejuk maka jangan mandikan. Apabila ini berlaku.... anak mudah berkahak sehingga sesak nafas. Ibu cuba praktikkan setiap kali Nasa ada selsema, alhamdulillah maksimum pun 3 hari.

> Batuk....tetap mandikan 3 kali supaya panasnya keluar....dan bila tidur malam, sapukan minyak telon atau minyak burung unta dibelakang badan anak dalam jam antara 1-3 pagi, insyaALLAH kahaknya cepat beransur baik. Jika minyak terlalu panas, campurkan sedikit dengan minyak kelapa atau minyak zaitun sebelum di urut pada badan anak. 

> Waktu mandi yang sesuai untuk anak ialah jam 8 pagi, selepas zohor dan sebelum jam 7 malam. Jika terpaksa mandikan selepas jam 7 malam, mandikan dengan air suam dan sapukan minyak panas selepas mandi supaya chest tidak mudah sejuk dan diserang selsema.

> Biasakan selepas mandi, sapukan minyak panas pada ubun2 anak, belakang telinga, tapak tanga, dada dan belakang dada serta betis dan tapak kaki. Ini membantu melancarkan peredaran darah anak juga secara tidak langsung.

>Kalau orang dulu, demam, batuk dan selsema tak bagi mandi....jadi panas tu akan terperap dalam badan dan lama-kelamaan boleh menyumbang kepada keadaan yang lebih teruk. Zaman dah berubah, bidan pun belajar sains dan teknologi  Even doktor turut pesan, jika anak demam ...pasangkan aircond di rumah jika ada supaya suhu sejuk dan rumah tidak berkuap .... 

>Bagi ibu yang menyusukan anak dengan susuibu, menjadi satu kelebihan dengan kerap menyusukan anak semasa anak dalam fasa tidak sihat supaya anak menjadi lebih bertenaga dan antibodi yang dibekalkan mampu melawan penyakit dengan cepat. Maka buat ibu baru....jangan panik. Banyakkan membaca, pasti luas pengetahuan.



Sumber: http://mforum.cari.com.my/viewthread.php?tid=543978&extra=page%3D1

Sunday, June 12, 2011

Minum petang

Sepanjang berpantang ni, menu breakfast/tea time sama ada roti kosong ngan susu pekat, atau jem, atau Milo semata-mata atau kalau mak rajin, dia akan buatkan cucur ikan bilis. Utk yg lain, cucur udang. Mak kata kuih yang dibolehkan jenis yang flour-based, mcm tepung talam ke dan seangkatan dengannya. Malangnya aku tak gemar kuih yang manis-manis, aku prefer savoury, cam karipap ke, popia ke kan, tapi tak boleh. So dapat cucur ikan bilis tu pun dah nikmat tak terkata. Air lak, selain air suam ngan air halia tu, aku juz minum kopi o atau Milo je (tapi kan kengkadang aku belasah jugak Nescafe Tarik 3 in 1 tu, tak leh tahan, hik, pastu cam nyesal). Hari tu masa pegi umah yong tu, hai teringinnya teh tarik. Tapi apakan daya. Padahal ada je oat 3 in 1, tapi dah dasar tekak tak leh terima, peram je dalam kabinet.

Petang ni, sbb hari Ahad, En K ada kat umah, dia dok proses amenda ntah kat backyard tu, so dgn inisiatif sendiri, aku pun buat la cucur ikan bilis. Tapi versi malas punya. Rayyan lak meragam sbb BCG dia cam menanah, pelik lak aku, dah sebulan baru nak bengkak dan menanah. Ke aku ada silap makan.

CUCUR IKAN BILIS


Bahan-bahan:
3 senduk tepung gandum
1 senduk air panas
Serbuk kunyit
Garam

Dikisar:
Segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

Cara membuatnya:
Gaul kesemua bahan hingga sebati dan tidak terlalu cair (nanti serap minyak). Jemput-jemputkan dan goreng hingga kuning.

Bayi kembung perut

Sumber:

Definisi kembung perut
Kembung perut terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi. Angin boleh masuk dalam perut bayi semasa bayi menyusu, menangis atau pun bernafas dan mengakibatkan bayi berasa tidak selesa dan sakit perut.
Simptom bayi kembung
Bayi yang kembung biasanya akan menangis, tidak mahu tidur dan perutnya keras dan terik.
Mengapa bayi kembung
Bayi yang kerap kembung perut perlu disendawakan setiap kali menyusu. Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yang keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara yang ditelan. Walau bagaimana pun, bayi yang menyusu badan juga harus kerap disendawakan jika dia menyusu dengan cepat atau aliran susu anda agak laju. Kekacang yang dimakan oleh ibu menyusu dikatakan boleh menyebabkan perut bayi kembung tetapi tidak dapat dipastikan kesahihannya.
Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran susu yang laju. Pastikan saiz lubang puting bersesuaian dengan umur bayi anda (ex: saiz S bagi bayi baru lahir sehingga 3-4 bulan). Pastikan juga botol susu disendengkan sehingga susu menutupi permukaan lubang puting susu untuk mengelakkan banyak udara bercampur semasa bayi menyusu.
Bagaimana mengatasi kembung perut
1) Sendawa
Terdapat 3 cara untuk sendawakan bayi:
  • Sandarkan bayi anda pada bahu dan tampu punggungnya dengan lengan anda sementara tangan anda yang sebelah lagi menggosok belakang bayi. Ini kebiasaannya cara yang paling mudah untuk sendawakan bayi anda.
  • Dudukkan anak anda dengan merehatkan dagunya di atas lengan anda apabila tangan anda memegang bahunya yang bertentangan dan gosok belakang bayi.
  • Letakkan bayi anda dengan mukanya menghadap riba anda dan gosokkan belakangnya.
2) Tuam perut
Di Malaysia, bayi kembung perut biasanya akan dituam dengan bungkusan pasir atau beras yang dipanaskan sehingga suhu yang bersesuaian. Pasir atau beras boleh dipanaskan dalam kuali atau panaskan terus dalam bungkusan dengan menekap seterika panas pada bungkusan. Tuamkan dahulu pada kulit anda untuk memastikan suhu bungkusan tidak terlalu panas dan tuamkan pada perut bayi. Pastikan badan bayi dilapik dengan kain dahulu supaya kulit tidak melecur. Rasionalnya, udara akan dipecahkan dengan peningkatan suhu perut dan kemudian keluar dari bayi sama ada melalui kentut atau sendawa.
3) Ubat
Jika bayi anda mengalami kembung perut yang teruk, doktor atau ahli farmasi mungkin akan menyarankan supaya mengambil “Infacol” yang mengandungi “simethicone” yang mana ia akan mengeluarkan udara dalam kuantiti yang banyak. “Gripe water” juga dikatakan boleh megeluarkan angin dalam perut bayi dengan efektif. Kandungan herba (dill, fennel, halia, etc) dalam “gripe water” akan memanaskan perut dan memecahkan angin sementara sodium bikarbonat meneutralkan asid dalam perut. Pastikan anda mendapat nasihat doktor sebelum menggunakan ubat-ubatan.

Ayam Rebus Halia

Tadi lunch makan Ayam Rebus Halia, ciptaan sendiri tapi masih memenuhi piawaian pemakanan orang berpantang.

Bahan-bahan:
2 ketul ayam - dibersihkan
2 keping asam keping
1/2 kiub ayam
1/2 sudu besar garam
1 sudu besar Perencah Lada Hitam Maggi
1/2 sudu kecil lada hitam - ditumbuk kasar

Dikisar/ditumbuk:
3 ruas halia tua
4 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/4 biji bawang besar
1/2 inci kunyit hidup

Cara membuatnya:
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk bersama sedikit air. Didihkan hingga ayam masak dan kuah agak pekat.

Sedap la pulak kan ikut tekak aku ni, rasa pedas halia ngan lada hitam plus rasa masam asam keping.

Saturday, June 11, 2011

Petua: Hilangkan selesema bayi

Jumpa kat Cari forum.


Ambil kunyit hidup, asahkan pada belakang pasu/lesung batu. Serbuk tu campurkan dengan sedikit minyak masak, sapukan pada batang hidung dan ubun-ubun baby. Insya Allah kering.


Yang ni pulak dari sini: http://mummyalesya.blogspot.com/2010/05/petua-menghilangkan-selsema-bayi.html




  • Sapukan minyak pada ubun-ubun bayi ketika bayi hendak tidur - x try pun lagik. Tapi bukan minyak angin nih. Minyak selain minyak angin. Minyak kelapa ke apa ke..
  • Ambik beberapa tangkai daun sirih, picit sampai kuar lendir, pastu sapu kat hidung bb. - dah try tapi mcm tak ok sgt
  • Bagi baby makan sikit madu - ada byk pendapat ttg madu. Ada kata boleh bg. Ada kata tak boleh bagi sebab bleh menyebabkan allergic. So aku tak bagi. Madu pun tak dak kat umah aku.
  • Asah kunyit hidup and sapu kat hidung bb - Dah try...mujarab
  • sapu vicks di kedua-dua belah tapak kaki then pakaikan botees -Beli vicks for baby ok..normal one for toddler above 2 yrs.