Friday, May 27, 2011

Amalan berpantang 1

BERPANTANG yang diamalkan dalam masyarakat Melayu, Cina dan India lebih kurang sama kerana tumpuan lebih kepada aspek pemakanan. Makanan yang sejuk seperti sayur-sayuran tertentu sepatutnya dikurangkan kerana ia boleh menyebabkan badan berasa sejuk, lantas menyebabkan tubuh menjadi ‘tidak kuat’ pada waktu tua.
Selain menitik beratkan aspek pemakanan ada juga cara berpantang yang melarang mandi dan menyikat rambut atas alasan melindungi ibu dan bayi daripada kecelakaan. Ada banyak lagi amalan yang ‘diharamkan’ dilakukan ketika berpantang, tetapi sejak kebelakangan ini dipandang sepi masyarakat moden.
Sungguhpun begitu secara ringkasnya berpantang bertujuan merehatkan tubuh badan dan memberikan kembali tenaga dan darah yang banyak hilang akibat proses kelahiran. Umumnya berpantang ini hanya membabitkan 44 hari atau sebulan lebih.
Cara berpantang masyarakat Melayu:


  • Urutan – bertujuan melancarkan peredaran darah dan biasa dimulakan tiga hari selepas kelahiran. Ia tidak boleh dielakkan kerana akan menyebabkan tubuh berasa sengal.






  • Bertungku – bertujuan mengeluarkan darah kotor terutama saki baki darah beku, membuang angin dan menyembuhkan luka peranakan selain mengecutkan urat yang kembang. Ia selalu dilakukan pagi dan petang.






  • Bertangas – bertujuan membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan sistem peranakan, membetulkan kedudukan salut peranakan dan mengecutkan rahim.






  • Berbengkung – perlu dilakukan sepanjang tempoh berpantang. Elakkan perut buncit selain berfungsi mengembalikan kedudukan peranakan. Ia juga dikatakan sebagai alat membantu ‘mendapatkan’ kembali tubuh langsing kerana ia menghalang daripada makan banyak.






  • Mandi rempah ratus – bertujuan membuang angin dalam badan selain menghaluskan kulit. Ia juga dikatakan mampu mengekalkan kesegaran dan naik seri wajah.






  • Memakai param dan pilis – bertujuan mengelakkan pening dan menyebabkan mata rabun.






  • Minum jamu – bertujuan memanaskan badan, mempercepatkan rahim mengecut selain merapatkan kembali bahagian sulit.Elakkan:






  • Keluar rumah






  • Membuat pergerakan pantas atau lasak dengan kata lain kurangkan berjalan






  • Makan dan minum berlebihan






  • Membaca dan melaksanakan kerja yang memerlukan tumpuan seperti menjahit






  • Terdedah kepada cuaca sejuk




  • Sumber: Berita Harian

    SUP TULANG


    1/2 kg tulang - dibersihkan
    1 labu bawang besar - dibelah empat
    3 ulas bawang putih - diketuk
    1 bungkus Sup Bunjut Adabi
    1 sudu besar cuka (untuk melembutkan daging) - jika suka
    3 inci halia - diketuk
    1 batang kulit kayu manis
    1 kuntum bunga lawang
    2 biji buah pelaga
    1 sudu kecil lada hitam - jika suka
    3 biji cili padi - diketuk (jika suka)
    1 batang celery - dihiris
    2 biji kentang - dipotong empat
    Air secukupnya
    1 kiub ikan bilis/tulang

    Hiasan:
    6 biji bawang merah - dihiris dan digaul dengan sedikit tepung gandum
    1/2 paket lobak masin
    2 tangkai daun sup - dihiris
    2 tangkai daun bawang - dihiris
    1 biji limau nipis - dibelah empat

    *Tak bubuh pun cuka, cili padi, lada hitam, celery - takut memudaratkan luka czer. 

    Rebus tulang terlebih dahulu.
    Setelah mendidih, masukkan kesemua bahan kecuali celery. Masak sehingga daging dan kentang empuk.

    Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan lobak masin hingga garing, angkat dan ketepikan.

    Hiaskan. 

    Thursday, May 26, 2011

    Kiddos







    DAGING GORENG KUNYIT


    Hirisan daging secukupnya - digaul dengan garam dan kunyit
    2 biji bawang besar - dihiris
    1/2 biji lobak merah - dihiris bulat
    3 ulas bawang putih - diketuk
    1 biji cili merah - dihiris
    2 tangkai daun sup - dipotong 1 cm
    2 tangkai daun bawang - dipotong 1 cm
    Minyak masak

    Panaskan minyak dan goreng daging hingga agak garing.
    Masukkan bawang, lobak merah dan bawang putih. Kacau hingga bawang layu.
    Masukkan cili merah, daun sup dan daun bawang. Gaul sebentar dan angkat.

    Wednesday, May 25, 2011

    Shopaholic lagi

    Am addicted. Already. Well, received my copies of Sophie Kinsella's Shopaholic and Sister and Shopaholic and Baby. Currently reading the former. I bought from FB, but she also got a blogspot, Books2U. Got some other writer's novels and comes with a price cheaper than any major bookstores. I know that the books are quite smaller in size compared to the original ones, but who cares, as long as I can read that it's okay with me.