Wednesday, October 26, 2016

Dinner



Ayam Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan:

10 ketul ayam
1 biji kentang – dipotong 4
1 helai daun kunyit – diracik
1 batang serai – diketuk
1 keping asam keping
1/2 kotak santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1/2 cawan air

Bahan-bahan ditumbuk halus:

15 biji cili padi
1 biji cili merah
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih

Cara-cara:


  1. Masukkan ayam, air, serai, daun kunyit, serbuk kunyit, kentang dan bahan tumbuk ke dalam periuk.
  2. Jerang di atas api sederhana hingga ayam berubah warna dan kentang empuk.
  3. Perlahankan api, masukkan santan, asam keping dan garam. Renih sambil kacau sekali sekala (jangan biarkan meruap, santan akan pecah).
  4. Perasakan dan renihkan seketika kemudian tutup api.


Rendang Paru

Bahan-bahan:

1/2 kg paru – direbus dengan 1 sudu besar cuka, ditoskan
1 helai daun kunyit – dihiris halus
1 keping asam keping
2 biji bawang merah – dihiris nipis
2 ulas bawang putih – dihiris nipis
1/2 kotak santan
1 sudu kecil serbuk kunyit
4 sudu besar minyak masak

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili kering – dipotong kecil dan direbus
1 biji bawang besar – dipotong
2 ulas bawang putih – dipotong
1 batang serai – dipotong
2 inci halia – dipotong
5 biji cili padi
Air secukupnya

Cara-cara:

  1. Paru yang direbus pastikan empuk. Kemudian, cuci bersih. Potong kiub/hiris nipis. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga pecah minyak. Masukkan paru dan gaul rata.
  3. Kemudian, masukkan kesemua bahan-bahan lain, perlahankan api dan renihkan sambil dikacau sekali sekala.
  4. Setelah agak kering, tutup api.

Baked Macaroni Carbonara



Baked Macaroni Carbonara

Bahan-bahan:

1/2 peket makaroni – direbus mengikut arahan, ketepikan
2 ulas bawang putih – dicincang
1/2 biji bawang Holland – dipotong dadu
3 keping dada ayam – dihiris nipis
5 kuntum cendawan butang dalam tin – dihiris nipis
Sedikit serbuk lada hitam, garam secukup rasa
Sedikit butter untuk menumis
2 keping cheese slice
Parutan keju cheddar
3/4 botol sos carbonara Leggo
Garam secukup rasa

Cara-cara:


  1. Panaskan butter dan tumis bawang putih hingga wangi, kemudian masukkan bawang Holland. Tumis lagi hingga layu.
  2. Kemudian, masukkan cendawan. Tumis sebentar dan masukkan ayam. Tumi lagi hingga ayam bertukar warna dan masak.
  3. Masukkan sos carbonara, lada hitam dan garam. Kacau rata. Tambah air jika terlalu pekat. Sos mestilah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  4. Kemudian masukkan makaroni dan gaul rata. Tutup api.
  5. Sediakan 2 bekas aluminium loaf. Panaskan oven pada suhu 180°C selama 10 minit.
  6. Isikan bekas dengan makaroni sama rata. Racikkan cheese slice ke atas makaroni dan taburkan cheddar.
  7. Bakar selama 15 minit pertama api atas dan bawah. Untuk 5 minit terakhir, bakar menggunakan api atas.
  8. Sedia dihidangkan.

Kari Ikan Kembung


Kari Ikan Kembung

Bahan-bahan:

8 ketul ikan kembung – dibersihkan
1/2 biji tomato – dipotong 2
4 biji bendi – dipotong 2
3 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
Sedikit halia – dihiris
1 sudu kecil halba campur
1/4 kotak santan
3/4 cawan air asam jawa
Sedikit air
1 peket serbuk kari Babas
1 sudu besar serbuk cili
2 tangkai daun kari
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:


  1. Campurkan serbuk kari, serbuk cili dan daun kari dengan sedikit air dan gaul hingga menjadi pes.
  2. Panaskan minyak. Tumis halba campur seketika. Kemudian, masukkan bahan-bahan hiris dan tumis hingga layu dan wangi.
  3. Masukkan pes kari dan tumis lagi hingga pecah minyak di atas api perlahan dan kacau selalu.
  4. Masukkan air asam jawa dan air. Kacau rata. Setelah mendidih, masukkan ikan, tomato dan bendi.
  5. Kacau sekali sekala supaya ikan tidak hancur. Masukkan santan dan garam. Setelah mendidih, tutup api.

Lunch 25.10.16



Paru Goreng Berlada

Bahan-bahan:

1/4 kg paru
3 tangkai daun kari
1 biji bawang besar – dihiris
1 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil gula merah
1 sudu besar air asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit + garam
Minyak untuk menggoreng

Bahan-bahan dikisar halus:

10 tangkai cili kering – dipotong kecil dan direndam air panas
1 biji bawang besar – dipotong
2 ulas bawang putih

Cara-cara:


  1. Rebus paru dengan 1 sudu besar cuka hingga betul-betul empuk. Toskan airnya dan cuci bersih. Setelah sejuk, potong nipis-nipis. Gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam. Kemudian, goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama (tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar). Tumis bawang hiris hingga wangi dan layu. Kemudian, masukkan daun kari dan tumis lagi. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan gula merah dan sos tiram, tumis lagi beberapa minit.
  4. Masukkan air asam jawa dan paru yang digoreng. Gaul rata dan tutup api.
  5. Sedia dihidangkan.

Breakfast 26.10.16


Nasi Lemak

Bahan-bahan untuk nasi:

3 cawan beras + 2 cawan beras basmathi – dibasuh bersih
5 cawan air
3 inci halia – dikupas dan diketuk
3 biji bawang merah – dihiris
3 helai daun pandan – disimpul
1 sudu kecil halba
1 batang kulit kayu manis
1/2 kotak santan KARA
Garam secukup rasa

Cara-cara:


  1. Satukan kesemua bahan dan masak seperti biasa menggunakan rice cooker.
  2. Setelah masak, gemburkan dan biarkan bertutup selama 5 – 10 minit sebelum dihidangkan.
  3. Hidangkan bersama telur rebus, hirisan timun dan sambal tumis ikan bilis.



Bahan-bahan untuk sambal tumis:

1 cawan ikan bilis yang sudah dikopek – dibasuh bersih dan ditoskan
2 biji bawang besar – dihiris nipis
1 keping asam keping
3 sudu besar sos tiram
4 sudu kecil gula merah
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air jika perlu

Bahan-bahan dikisar halus:

2 cawan cili kering yang dipotong kecil – direbus dan dibasuh bersih
3 biji bawang besar – dipotong kecil
4 ulas bawang putih – dipotong
Air secukupnya


Cara-cara:


  1. Panaskan minyak (lebih kurang 1/2 cawan). Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama. Tumis bawang hiris hingga harum dan layu.
  3. Kemudian, masukkan bahan kisar dan tumis hingga mendidih, masukkan gula merah dan sos tiram. Tumis lagi hingga pecah minyak sambil dikacau selalu.
  4. Masukkan air jika perlu dan asam keping. Tumis lagi hingga mendidih.
  5. Masukkan ikan bilis dan garam. Rasa, sekiranya cukup masam, boleh keluarkan asam keping. Kacau hingga kuah sedikit pekat dan tutup api.


Sayur Goreng Belacan


Sayur Goreng Belacan

Bahan-bahan:

10 urat kacang buncis – dibuang urat, dipotong serong 5 cm panjang
2 biji terung ungu kecil – dipotong 4
1/2 batang carrot – dibelah 2 dan dihiris kasar
Sedikit minyak untuk menumis
Garam/Maggi Cukup Rasa secukupnya
1 sudu besar sos tiram

Bahan-bahan ditumbuk kasar:

3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
1/2 inci belacan
5 biji cili padi hijau
1/2 biji cili merah
Sedikit ikan bilis

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga sedikit garing.
  2. Masukkan kesemua sayur dan tumis rata. Jika perlu, tambahkan sedikit air.
  3. Masukkan sos tiram dan bahan perasa. Kacau rata, perhatikan jika sayur nampak lembut (tetapi tidak lembik), tutup api dan sedia dihidangkan.

Thursday, October 20, 2016

Lunch 10.10.16


Ikan Kerisi Sambal Taucu

Bahan-bahan:
3 ekor ikan kerisi – dikelar
Sedikit serbuk kunyit
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

1 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
2 hirisan nipis halia – dihiris halus
1/2 bungkus taucu
1 biji cili merah – dibelah tak putus
5 biji cili padi – dibelah tak putus
Sedikit kicap manis
Hirisan bulat bawang besar

Cara-cara:

  1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing. Angkat dan letakkan di dalam pinggan hidangan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tinggalkan dalam 2 sudu besar sahaja. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga harum.
  3. Kemudian, masukkan taucu, kicap manis, hirisan bawang besar, cili merah dan cili padi. Masukkan juga sedikit air. Kacau hingga mendidih dan tutup api.
  4. Tuangkan ke atas ikan.

Sambal Tumis Sotong

Bahan-bahan:

10 ekor sotong kecil – dibersihkan
1/2 biji bawang besar – dihiris bulat
1 keping asam keping
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Garam dan gula merah secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili kering – dipotong dan direbus
2 ulas bawang putih
1 biji bawang merah



Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga mendidih. Masukkan gula merah dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sos tiram dan tumis seketika. Kemudian, masukkan sotong dan bawang besar.
  3. Kacau rata, masukkan garam. Setelah mendidih, tutup api.


Bayam Masak Air

Bahan-bahan:

1/2 ikat bayam hijau – disiang
2 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
Segenggam ikan bilis – dibersihkan
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Garam jika perlu
1 biji cili merah – dihiris
Air secukupnya

Cara-cara:

Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan didihkan beberapa minit hingga sayur masak. Tutup api.


Simple Dinner


Nasi Goreng Kicap

Bahan-bahan:

3 cawan nasi yang sudah dimasak
2 ulas bawang putih – dicincang
2 biji bawang merah – dihiris nipis
Sedikit ikan bilis – digoreng garing
2 biji telur
2 peket perencah nasi goreng Adabi
Kicap secukup rasa
Garam jika perlu
Sedikit minyak untuk menumis
2 pokok pak choy – dipotong, asingkan batang dan daun

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah hingga layu.
  2. Masukkan perencah dan tumis rata.
  3. Masukkan kicap, kacau rata kemudian masukkan nasi dan batang pak choy. Gaul rata beberapa minit.
  4. Buatkan lubang di bahagian tengah dan masukkan telur.
  5. Biarkan seketika kemudian kacau dengan nasi. Masukkan juga daun pak choy. Kacau rata.
  6. Akhir sekali, masukkan ikan bilis dan gaul rata. Tutup api.



Spaghetti Goreng Tomyam

Bahan-bahan:

1/2 peket spaghetti – direbus mengikut arahan pada peket
2 genggam baby spinach
Hirisan ayam
3 ulas bawang putih – dicincang
1 sudu kecil cili kisar
1 sudu besar sos Nando's Hot
1 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar chilli flakes
Maggi Cukup Rasa
Sedikit minyak

Cara-cara:
  1. Toskan spaghetti dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga harum kemudian masukkan cili kisar. Tumis hingga sedikit garing, kemudian masukkan sos Nando's dan pes tomyam. Kacau rata, masukkan ayam. kacau hingga ayam masak, kemudian, masukkan spaghetti dan baby spinach. Kacau rata.
  3. Akhir sekali, masukkan Cukup Rasa dan chilli flakes. Gaul rata dan tutup api.

Tuesday, October 18, 2016

Cheesy Butter Chicken



Cheesy Butter Chicken

Bahan-bahan:

Kepingan dada ayam – dipotong dadu
Tepung beras
Maggi Cukup Rasa
Sedikit serbuk kunyit
Minyak untuk menggoreng
3 tangkai daun kari
5 ulas bawang putih – dicincang
10 biji cili padi merah dan hijau – dihiris
1/2 ketul mentega SCS/Anchor
1/2 tin susu cair
2 keping keju

Cara-cara:


  1. Salut ayam dengan tepung beras dan perasa rata-rata. Panaskan minyak dan goreng hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dan panaskan mentega, guna api perlahan. Tumis bawang putih sebentar, kemudian masukkan daun kari dan cili padi. Tumis lagi hingga naik bau.
  3. Masukkan susu cair, setelah hampir mendidih, masukkan keju yang dicarik-carik.
  4. Jika terlalu pekat, boleh masukkan sedikit air. Kemudian, masukkan ayam dan kacau rata hingga bersalut dan tutup api.
  5. Sedap dimakan dengan nasi putih/ciccah roti atau mantao goreng/kukus.

Asam Pedas Ikan Bawal Emas

Bahan-bahan:

1 ekor ikan bawal emas – dipotong 3
1 batang serai – diketuk
2 helai daun limau purut
2 tangkai daun kesum
1 batang bunga kantan – dibelah 2
1 sudu kecil halba
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 sudu besar pes asam jawa
1 sudu kecil serbuk kunyit
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan dikisar halus:

Segenggam cili kering – dipotong kecil dan direbus
1 batang serai – dipotong
2 inci halia – dipotong
1 inci lengkuas – dipotong
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak (lebih kurang 1 senduk). Tumis halba hingga naik bau, kemudian masukkan serai dan bahan kisar, serbuk kunyit dan lada hitam. Tumis hingga pecah minyak, ketika ini sekiranya minyak terlalu banyak, boleh keluarkan.
  2. Masukkan air dan pes asam jawa. Kacau rata. Setelah mendidih, masukkan ikan, daun kesum, bunga kantan dan daun limau purut.
  3. Akhir sekali, masukkan garam secukup rasa. Tutup api.


Tumis Kacang Panjang dan Tauhu Telur

Bahan-bahan ditumbuk:

2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
3 biji cili padi

Bahan-bahan:

10 urat kacang panjang – dipotong 5 cm
1 tiub tauhu telur – dihiris bulat
1/2 batang lobak merah – dihiris bulat
1/2 biji cili merah – dihiris
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar Maggi Cukup Rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Goreng tauhu telur perlahan-lahan supaya tidak pecah hingga garing kedua-dua belahnya. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tinggalkan dalam 1 sudu besar sahaja. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan kacang panjang dan lobak merah. Kacau rata dan masukkan sedikit air. Masak hingga lembut.
  3. Masukkan sos tiram dan perasa. Kacau rata, akhir sekali masukkan tauhu telur. Kacau perlahan dan tutup api.

8.10.16


Sambal Tumis Sotong Kembang Berkacang

Bahan-bahan:

1 ekor sotong kembang – dipotong ikut suka, direndam dengan limau nipis
1/2 biji bawang Holland – dihiris bulat
1 keping asam keping
2 sudu besar sos tiram
1/2 cawan kacang tanah – disangai dan dibuang kulit, dikisar kasar
2 sudu besar kicap masin/manis
Minyak untuk menumis
Garam dan gula merah secukup rasa

Bahan-bahan dimesin halus:

Segenggam cili kering – dipotong kecil, dibuang biji, direbus
1 biji bawang besar – dipotong kecil
3 ulas bawang putih – dipotong kecil

Cara-cara:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga mendidih. Masukkan gula merah dan tumis lagi hingga nampak berkilat.
  2. Kemudian, masukkan sos tiram dan tumis lagi hingga pecah minyak, kacau selalu untuk elakkan hangit.
  3. Masukkan sotong kembang dan kacau rata. Air sotong akan keluar jadi tidak perlu masukkan air lagi.
  4. Masukkan asam keping, bawang hiris, kicap dan kacang tanah. Kacau rata, perlahankan api.
  5. Setelah mendidih dan sotong nampak kecut, masukkan garam secukup rasa. Rasa, jika sudah cukup masam, keluarkan asam keping. Setelah mendidih, tutup api.

Sambal Tempoyak Masak

Bahan-bahan:

2 biji cili merah – dipotong
5 biji cili padi – dipotong
2 biji bawang merah – dipotong
Segenggam ikan bilis – dibersihkan
1 helai daun kunyit – dihiris halus
1 batang serai – diketuk
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping (jika perlu)

Cara-cara:
  1. Tumbuk cili merah, cili padi, bawang merah dan ikan bilis kasar-kasar.
  2. Masukkan ke dalam periuk. Tuangkan sedikit air, dan masukkan tempoyak dan asam keping (jika perlu).
  3. Masukkan juga daun kunyit, serbuk kunyit dan serai. Kacau rata. Hidupkan api perlahan, kacau selalu sehingga keluar wap. Jika terlalu pekat, masukkan sedikit air lagi.
  4. Akhir sekali, masukkan garam dan gula. Kacau rata dan tutup api.


Sup Lobak Putih dan Lobak Merah

Bahan-bahan:

1/2 batang lobak putih – dibuang kulit dan dihiris bulat
1/2 batang lobak merah – dibuang kulit dan dihiris bulat
Sedikit ikan bilis – dibasuh
1 biji bawang merah – dihiris
2 ulas bawang putih – diketuk
1/2 biji cili merah – dihiris
Sedikit Maggi Cukup Rasa
Air secukupnya
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak, tumis ikan bilis sebentar. Kemudian, masukkan bawang merah dan putih dan tumis lagi hingga harum.
  2. Masukkan air, lobak merah dan lobak putih. Setelah mendidih, masukkan perasa dan cili merah. Masak sehingga kesemuanya empuk. Tutup api.