Saturday, November 28, 2015

Nasi Lemak



Bahan-bahan:

Nasi lemak:

4 cawan beras - dibasuh bersih
4 cawan air
1 kotak santan
3 inci halia - dikupas dan diketuk
1 sudu kecil halba
3 biji bawang merah - dihiris nipis
2 helai daun pandan - diracik/disimpul
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Satukan kesemua bahan di dalam rice cooker dan biarkan terendam sekurang-kurangnya 1 jam. Ini untuk menjadikan nasi berderai. Selepas 1 jam, masak seperti biasa tanpa perlu tambah air. Setelah masak, gembur-gemburkan dan rehatkan 5 minit sebelum dihidangkan.



Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:

1 cawan ikan bilis - dibasuh bersih, direndam seketikan dalam 1 sudu kecil cuka dan ditoskan
Minyak untuk menggoreng/menumis
1 biji bawang besar/Holland - dihiris kasar
1 keping asam gelugur
1 sudu besar sos tiram
Seketul kecil gula Melaka
Garam secukup rasa
Air secukupnya (jika terlalu pekat)

Cara-cara:


  1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga garing. Toskan minyaknya. Ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, keluarkan sedikit jika terlalu banyak.
  3. Tumis bawang yang dihiris hingga layu dan hampir garing.
  4. Masukkan bahan kisar dan tumis lagi hingga mendidih.
  5. Masukkan gula Melaka, sos tiram dan asam gelugur. Kacau rata hingga terbit minyak.
  6. Keluarkan asam jika sudah cukup masam. Tambahkan air (ikut suka kepekatan yang dikehendaki).
  7. Masak hingga kuah mendidih, masukkan garam dan kacau hingga nampak hampir pekat.
  8. Tutup api, masukkan ikan bilis dan gaul rata. Angkat dan hidangkan.

Bahan-bahan lain:

5 biji telur - digoreng telur mata
Hirisan timun

Rendang Pedas Udang



Bahan-bahan:

15 ekor udang sederhana besar - buang janggut dan hujung kepala, hujung ekor dan gunting bhgn atas tengah, buang urat hitam
2 tangkai daun limau purut
1/4 peket santan pekat
1 cawan air
3 sudu besar minyak
Garam secukup rasa
1 keping asam gelugur
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 helai daun kunyit - dihiris halus

Bahan-bahan dikisar halus:
15 tangkai cili kering - dipotong kecil, buang biji dan rendam/rebus dalam air panas hingga lembut, toskan
1 biji bawang besar - dipotong
2 ulas bawang putih - dipotong
2 batang serai - dipotong
3 inci halia - dikupas dan dipotong
5 biji cili padi


Cara-cara:


  1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga terbit minyak.
  2. Masukkan santan dan kacau sebentar. Masukkan pula air, asam keping, daun limau purut. Kacau sekali sekala hingga mendidih.
  3. Setelah mendidih, masukkan garam dan kacau rata.
  4. Akhir sekali, masukkan udang dan kacau hingga udang masak sepenuhnya. Jangan terlalu lama nanti udang menjadi keras.
  5. Tutup api, taburkan daun kunyit. Kacau rata dan angkat. Hidangkan.


Monday, November 23, 2015

Lala Tumis Tomyam



Bahan-bahan:

1/2 pkt frozen clams - rendam, pilih yg terbuka sahaja dan cuci
1 btg serai - diketuk
3 helai daun limau purut
3 biji terung pjg - dipotong kecil
3 ulas bwg putih - dicincang
2 sudu besar cili kisar
2 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Garam secukup rasa
Sedikit minyak utk menumis

1. Panaskan minyak. Tumis bwg putih hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing. Masukkan pes tomyam, sos tiram dan serai. Kacau hingga terbit minyak.
3. Masukkan terung, daun limau dan lala. Kacau rata dan masukkan air dan garam. Kacau rata hingga bersalut rata dan kuah sedikit pekat. Tutup api.

Cekodok Pisang




Bahan-bahan:

6 biji pisang emas - diramas hingga hancur
5 sudu besar gula pasir
Secubit soda bikarbonat
2 cawan tepung gandum
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Satukan kesemua bahan kecuali air dan ramas rata.

Masukkan air sedikit demi sedikit hingga mendapat bancuhan yang tidak terlalu cair atau terlalu pekat.

Setelah minyak cukup panas, jemputkan adunan ke dalam kuali. Ulang hingga memenuhi kuali. Goreng hingga kecoklatan dan angkat. Toskan minyaknya.


Ketam Masak Lemak Cili Padi




Bahan-bahan:

3 ekor ketam - dibelah 2
1 helai daun kunyit - diracik
1 btg serai - diketuk
1 kotak santan
1/2 cwn air
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
10 ketul potongan nanas madu
Garam secukup rasa

Bahan-bahan ditumbuk:

1 biji cili merah - dipotong
10 biji cili padi
1 biji bawang merah - dipotong


Cara-cara:

1. Masukkan bhn tumbuk, santan, air, serbuk kunyit, serai dan daun kunyit ke dalam periuk. Kacau rata.
2. Jerang di atas api perlahan hingga naik wapnya. Jangan biarkan mendidih nanti santan pecah.
3. Masukkan ketam, nanas dan asam gelugur. Kacau perlahan dengan kerap supaya santan tidak pecah.
4. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa sambil kacau. Setelah ok, tutup api.

Kari Ikan Mayong

Bahan-bahan:


4 ketul ekor ikan mayong
3 biji terung panjang - dibelah 2
2 pelepah daun kari
1 peket serbuk kari ikan Baba's
1/4 cawan susu cair
1 mangkuk kecil jus asam jawa
Garam secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
1 sudu kecil halba campur
3 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
2 hirisan halia - dihiris nipis
Sedikit air

Cara-cara:

Panaskan minyak. Tumis halba campur, bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi dan sedikit garing.

Bancuh serbuk kari dengan air hingga menjadi pes. Masukkan ke dalam tumisan bersama daun kari. Kacau rata hingga rempah agak garing dan terbit minyak.

Masukkan air asam jawa dan air secukupnya. Kacau rata. Setelah mendidih masukkan ikan dan susu cair. Kacau perlahan sekali sekala.

Masukkan terung dan garam. Renihkan hingga kuah sedikit pekat dan terung lembut. Tutup api.

Lala Masak Mentega

Bahan-bahan:



1/2 bungkus frozen lala - pilih yg terbuka shj dan cuci, toskan
2 pelepah daun kari - daun shj
10 biji cili padi - dipotong kecil
5 ulas bwg putih - dicincang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak masak
1/2 tin susu cair
Sedikit air dan Maggi Cukup Rasa
Sedikit tepung jagung

Cara-cara:

1. Panaskan minyak dan masukkan mentega. Pastikan api kecil supaya mentega tidak hangus.
2. Tumis bwg putih hingga wangi kemudian masukkan cili padi dan daun kari.
3. Setelah naik bau, masukkan lala, susu cair, air dan cukup rasa. Kacau rata hingga lala bertukar warna.
4. Setelah mendidih masukkan tepung jagung dan kacau rata hingga kuah agak pekat. Tutup api.