Sunday, October 30, 2011

RENDANG DAGING KARIPULLAY

1/2 kg daging - dipotong kecil
1/2 kotak santan
2 senduk cili kisar
1 sudu teh serbuk kunyit
2 tangkai daun kari
1 biji kentang - dibelah wedges
2 helai daun limau purut
1 keping asam gelugur

Bahan dikisar:
3 biji cili padi
1 inci halia
1 batang serai
1/2 biji bawang besar
2 ulas bawang putih

Masukkan kesemua bahan kecuali daun limau purut, daun kari dan asam gelugur ke dalam kuali. Renih sehingga mendidih, masukkan garam, asam gelugur, daun kari dan daun limau purut. Renih lagi sehingga masak.

SAMBAL BELACAN TOMATO

Bahan-bahan:
Segenggam ikan bilis
2 biji cili merah - dipatah-patahkan
5 biji cili padi - dipatah-patahkan
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar - dihiris kasar
1 biji tomato - dipotong kecil
1 ketul kecil belacan
Minyak

Panaskan minyak, goreng bahan-bahan di atas satu persatu. Angkat dan toskan minyak.
Tumbuk atau kisar kasar.

Ayam Goreng Kunyit dengan Bunga Kucai

Bahan-bahan A:
2 ketul dada ayam - dipotong kecil
1 sudu besar Maggi Cukup Rasa
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar cili kisar (cili kering, bawang besar, bawang putih)
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh serbuk kunyit

Bahan-bahan B:
15 tangkai kucai bunga - dipotong panjang
3 ulas bawang putih - diketuk dan dicincang
1/2 biji bawang kuning - dihiris kasar

Perap ayam dengan bahan-bahan A.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing. Keluarkan minyak dan tinggalkan sedikit, tumis bawang putih dan bawang kuning hingga layu. Gaulkan dengan ayam.
Masukkan kucai dan kacau seketika.

Nasi Beriani

Bahan-bahan:
2 cawan beras (seeloknya2 basmathi) - dibasuh dan ditoskan, rendam dalam air secukupnya selama 1/2 jam
1 helai daun pandan - disimpul
1/2 paket kacang gajus - digoreng
1 tangkai daun sup - dihiris nipis
1 batang serai - diketuk
1/2 biji bawang kuning - dicincang
1/2 biji bawang besar - dicincang
3 ulas bawang putih - dicincang
2 sudu besar marjerin
1 sudu besar minyak masak
1 paket Perencah Nasi Beriani Maggi

Cara-caranya:
Panaskan marjerin dan minyak, tumis bawang kuning, bawang besar dan bawang putih hingga layu. Masukkan perencah beriani dan kacau sedikit. Tuangkan ke dalam rice cooker yang ada beras dan air. Masukkan juga daun pandan, garam dan serai. Tanak sehingga masak.
Setelah masak, taburkan gajus dan daun bawang. Gembur-gemburkan nasi.

Ahad

Boringnya hari ni, En Koji pegi fishing ngan kawan dia. So just tinggal me with the kiddos and mak. Semalam pun cuti, boring gak sbb En Koji keje pulak after almost 1 week dia amik AL. But, Rayyan pun x berapa nak sihat lagi, batuk dan selsema, kengkadang demam kengkadang ok.

Semalam, malas nak wat bekfes, so mak masak bihun goreng. Tgh hari baru aku masuk dapur, buat daging masak rendang karipullay, gabungan rendang daging dan daun kari, hahaha...kreatif terlebih, tapi hasilnya sedap aje kat aku pun. Malam lepas En Koji balik keje, dia ajak keluar nak beli barang dapur. Padahal semalam aku dah dilanda simptom nak demam, jangkit dari Rayyan la ni, kepala berat sebab selsema. Telan Panadol 2 biji then pegi jugak sbb dia kan nak pegi fishing pagi ni.

Memula kata nak ke NSK, tapi last2 ke Tesco Kepong pulak. Since aku still kenyang makan nasi kat umah, time En Koji ajak makan kat Madam Lim's aku order kuey tiow sup aje, sesuai dengan aku yang x berapa nak sihat ni. En Koji cam besa order Tomyam Seafood, makan bertiga ngan Haqimie dan Qayyum. Rayyan tumpang tgk aje, hehe.

Pagi ni pulak, mak nak buat nasi lemak, aku kata tak payah la, kang kenyang tanak makan lunch pulak. So buat roti telur aje, requested by Haqimie. Tengah hari, aku masak nasi beriani, ayam goreng kunyit, ikan cencaru sumbat, sambal belacan tomato. Ha, mmg tak ngam langsung combination, okey la tu.

Petang lak, since semalam ada beli brg2 kek sikit, so buat la choc moist cake. Juga requested by Haqimie.

Malam ni macam malas nak masak. Ingat nak mintak En Koji belikan KFC ke apa, tapi kalau dia x rajin cemana?

Wednesday, October 26, 2011

Nasi Ayam

Bahan-bahan sup ayam:
7-8 ketul ayam - dibersihkan
1 kiub ayam MAGGI
1/2 sudu kecil MAGGI Cukup Rasa
Air secukupnya

Rebus kesemua bahan hingga ayam masak. Angkat dan toskan ayam. Ketepikan.

Bahan-bahan perap:
2 sudu besar kicap manis Kipas Udang
1/2 sudu besar kicap Tamin
1 sudu besar sos tiram Kimball
2 sudu besar sup ayam

Perap kesemua bahan dengan ayam yang sudah dimasak selama beberapa jam di dalam peti sejuk.
Panaskan minyak dan goreng ayam hingga garing.

Bahan-bahan nasi:
2 1/2 cawan beras - dibasuh dan ditoskan
1/2 biji bawang besar kuning - dicincang
1 biji bawang besar - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
1 inci halia - diketuk
1 batang serai - diketuk
2 1/2 sudu besar Planta
1 sudu besar minyak masak
2 1/2 cawan sup ayam
Garam secukup rasa

Panaskan minyak dan Planta, masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis dan masukkan serai. Setelah setengah garing, masukkan beras dan halia. Kacau rata. Tuangkan sup ayam dan garam dan masak nasi seperti biasa dalam rice cooker. Setelah kering, gemburkan nasi dan biarkan seketika hingga masak sepenuhnya.

Sampingan:
Daun salad
Tomato hiris
Sos Cili Ayamas
Kuah perapan ayam
Daun sup dan daun bawang hiris
Bawang goreng

Monday, October 24, 2011

Rendang Ayam Tumis

Bahan-bahan:
6 ketul ayam
3 helai daun limau purut
1 batang serai - diketuk
3/4 kotak santan 'Ayam Brand'
1 sudu besar kerisik
1 batang kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
Minyak masak

Bahan-bahan dikisar:
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 genggam cili kering - direndam dalam air panas dan dibuang biji
1 batang serai
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1 inci halia

Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bunga lawang sehingga naik baunya.
Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan ayam, serai ketuk dan kerisik. Kacau rata.
Masukkan santan dan daun limau purut dan masak sehingga kuah pekat.

Bihun Sup

Bahan-bahan:
1 paket Perencah Soto Ayam Adami
1/2 paket bihun - direndam hingga kembang, dicelur sebentar
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
5 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 inci halia - diketuk

Bahan sampingan:
1 tangkai daun sup - dihiris
1 tangkai daun bawang - dihiris
3 biji limau kasturi - dibelah dua
Sambal cili kicap
Bawang goreng

Sambal cili kicap:
7 biji cili padi
2 ulas bawang putih
Kicap manis + kicap masin

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan perencah soto dan ayam, masukkan air secukupnya. Masukkan juga halia. Setelah mendidih, masukkan garam secukup rasa. Didihkan hingga ayam masak.
Keluarkan ayam dan toskan airnya. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ayam hingga garing. Angkat, toskan minyak dan biarkan sejuk. Setelah sejuk, siat-siatkan isi ayam. Ketepikan.

Untuk sambal cili kicap, tumbuh cili padi dan bawang putih hingga lumat. Masukkan kicap secukupnya.

Semasa menghidang, bubuh bihun yang dicelur, daun sup, daun bawang, isi ayam racik. Tuangkan kuah dan tabur dengan bawang goreng dan letak sesudu sambal cili kicap.