Friday, September 26, 2008

To All…

More AIDILFITRI graphics

Ku Tak Suka Lagu Ini

by Yovie and Nuno


Ku Tak Suka Lagu Ini
Mengapa Engkau Tetap Suka
Kalau Bukan Kekasihku
Tak Sudi Kunyanyikan Lagu Ini

Bukankah Kita Telah Maju
Mengapa Kita Mundur Lagi
Dengarkan Laguku Yang Lain
Jangan Bagai Katak Dalam Tempurung

Du Du Du Du Du Du Du Du
Aku Sedih Denganmu Kasih
Du Du Du Du Du Du Du Du
Malang Nian Diriku Ini

Bukankah Kita Telah Maju
Mengapa Kita Mundur Lagi
Dengarkan Laguku Yang Lain
Jangan Bagai Katak Dalam Tempurung

Tapi Ku Tak Akan Memaksa
Bila Engkau Memang Begini
Jujur Aku Menanggung Malu
Lebih Baik Ku Putus Saja

Oh Sadarlah Duhai Kekasih
Aku Merana Karena Ini
Janganlah Mudah Kau Tertipu
Mereka Yang Ingin Kita Bodoh

Main bunga api tapi Qayyum tukang tengok saja

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Boring tak dapat main bunga api, so naik keta aje la

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Buka puasa

Semalam, lepas berbuka, Qimie nak main bunga api. Bunga api tu dapat masa berbuka kat umah Mak Ndak hari keta rosak tuh. Ada la beberapa batang Shiela bagi. Jadik la kan. Sanggup tanak makan nasi sebab nak main bunga api punya pasal.

Pastu me and Papa dah abis makan nasi, semalam me tapau Kung Poh Fish ngan Thai Bihun Laksa kat Deli Bakery. Papa pulak tapau sotong masak pedas ngan telur dadar. Kes dapur tak sempat berasap la ni. So nasi pon ngam-ngam je ada. Bila suruh Qimie makan, dia kata kenyang. So me and Papa perabiskan nasi la kan.

Photobucket
Sotong Masak Pedas dan Telur Dadar (tapau kat Vicchuda)

Photobucket
Kung Poh Fish

Pastuh Papa pegi keje balik. Dia mintak susu. Susu tinggal separuh, mintak nasi. Ah, sudah, mana ada balance nasi tadi. Bihun tu ada la lagi, tak usik pon lagi.

Me: Tu la, mengada, tadi mama suruh makan nasi, abang kata kenyang. Skang nasi dah abis, abang makan bihun la ya.

Qimie memula tanak, dia nak nasi jugak. Aku pulak malas dah nak masak nasi. Sebab dia ni kengkadang poyo (eh kata anak sendiri poyo) je lebih, dah masak nanti, tanak makan pulak. Aku soh jugak makan bihun. Ada la dalam 3-4 suap pastuh tanak dah. Aku dah rasa bersalah tapi rasa malas tetap menguasai diri, hehhehe....

So before tidur, aku set nak bangun awal sikit, masak nasi buat nasi goreng kat abang. So pagi ni, mmg awal aku dah terjaga. Peel aku mmg cenggini, kalau aku dah set sumthing the nite before, even aku tak set alarm pon, aku akan secara automatik akan terjaga. Masak nasi (aku tak posa - so leh tumpang skali). Then masak nasi goreng, kejut Qimie bangun, suruh mandi dengan Papa then sediakan nasi goreng dia. Nasib dia nak makan.

Thursday, September 25, 2008

Maggi Tomyam

Papa came back around 12 something in the morning.

Sembang punya sembang, tetiba lapar la pulak. Masak maggi tomyam campur broccoli (nak perabihkan stok sayur sebelum cuti panjang - since few last days ni mmg tak berasap dapur tu, sumer main tapau je...)

Photobucket

Kad Raya

Tahun ni, me tak anta pon kad raya pada sesapa, sebab cam dah terlambat. Ada la beli ari tuh kat Mydin, kad raya 4 ke 5 keping RM5... tapi mana ntah Papa sorok, tak jumpa. Lepas raya la kot baru nak anta.

Anw, yesterday I checked the post box, found 3 raya cards. All for me... Dalam ati, sapa lak la yang rajin anta kad raya ni?

Buka-buka, ohihihihooo... my nephews from Sitiawan yang anta. So sweet la diorang. Thanx ya bagi maksu kad raya. Insya allah nanti mak su beraya kat sana... (aku soh diorang panggil aku Aunty Su... tak jalan daa).

Ni from Faiz Zakwan @ Along
Photobucket

Photobucket

Ni pulak dari Amir Farhan @ Angah
Photobucket

Photobucket

Thanx ya, nanti mak su bagi duit raya naaa....

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tangkap-tangkap gambar 2

Sambung

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Games terbiar sepi

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Tangkap-tangkap gambar 1

Nak dekat pukul 8 pm, gerak balik sbb Papa nak pegi keje, kena stayback buat preparation display Deepavali pulak. Memula Mak Ndak dan Pak Ndak ajak stay kat umah diorang je, nanti Papa balik dalam pukul 11 pm, amik la kitorang. Erk... tanak la... aku prefer duduk kat umah, lagipon aku dok pikir nak basuh baju, sidai baju bagai. Kalau boleh before balik kampung beraya, everything dah settle dah kat umah ni.

Lepas Papa pegi keje balik, lepak-lepak. Qayyum dari dalam keta dah tertido. Qimie pulak main computer games.

Dalam pukul 10 pm, Qayyum terjaga. Kiddos main sesama sendiri, tersengih-sengih aku tengok diorang dua beradik main sesama, terus la terpikir nak snap some pixies.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Masa ni Qayyum dengan bestnya melepakkan diri atas perut aku

Photobucket

Buka puasa kat umah Mak Ndak

Originally, ni bukan my own Mak Ndak. This is hubby's side. Nasib baik jugak umah dia dekat ngan ofis dan nursery. Kira kalau ada kesusahan tu, insya Allah takde masalah nak mintak tolong. Nak kata rapat sangat pon tidak juga, so-so aje la..

Sampai je bawah blok, aku dengar Shiela (anak bongsu Mak Ndak) jerit nama Qimie. Alhamdulillah, diorang ada kat umah, risau jugak takde kang, aku buka posa kat bawah blok diorang le jawabnya. Oh, Pak Ndak pon ada jugak.

Dah cerita ceriti bagai, lepak kejap, penah weih, kendong si Qayyum, ngan menda-menda aku tapau, beg diorang, beg aku, itu pon paper bag aku tinggal kat ofis. Mak Ndak tengah masak berbuka, since kitorang ada, lagik macam-macam yang dia dok goreng tambah bagai. Mak Ndak ni mmg cenggini, suka menjamu orang makan kalau pegi umah dia. Kalau kitorang bertandang, musti masak-masak, bukan simple kuih cucur ke hapa tau, siap masak nasi nak makan tgh hari ke mkn malam ke... gitu la dia...
banyak juga la makanan semalam, ngan yang aku tapau, ngan mak ndak masak bagai....

Pukul 7 pm, Papa sampai, panggil aku dari bawah blok ajak balik. Ala... dah alang-alang nak dekat bukak posa lagi pon aku dah tapau, aku ajak dia naik je la. Lagipon diorang dah siap hidang dah pon. Dan aku pon lapar, walaupon tak posa... Aku tak posa pon bukannya aku makan, just minum nescafe je.

Agaknya semalam ada birthday celebration kat nursery kot. Ini la yang si Abang dapat selain other goodies dalam paper bag.

Photobucket

Ni la lauk-lauk berbuka semalam kat umah Mak Ndak. Ada lagi belum hidang.

Photobucket

Photobucket
Ada kari ikan, sambal sotong kembang, ikan terubuk goreng, sambal belacan, sayur kobis dan carrot, ikan masin, ayam goreng, nasi ayam, kuih tako, samosa, cucur udang, donut, karipap, air soya, air oren, air kopi, air teh o

Alhamdulillah, walaupun kepenatan tapi rezeki melimpah.

Oh, sempat jugak kitorang bergossip pasal the problematic couple. Mak Ndak pon kata, disebabkan dia sorang, kita adik beradik pulak yang bergaduh.

Wednesday, September 24, 2008

Shopping Hunt Part 2

Kejadian (eh eh cam ayat mya pulak, pinjam ek) berlaku time lunch hour semalam. Behind my office, ada kilang kerepek + biskut, every year when Raya is around the corner, mmg la kilang ni jadi tumpuan warga KD gitu.... sumer borong tak hingat punya, kerepek sahaja aku tgk sampai RM100++. Tapi aku takde la, wat per pulak aku nak beli kerepek banyak-banyak sgt.

So, aku, Awein dan Nisa pon menjoinkan diri membeli-belah kerepek. This year, aku tgk sumer biskut2 dia tempting dan cantik sangat. Harus la rembat sebekas dua kan since tahun ni amat la malas nak buat kuih. Kalau tahun lepas aku buat jugak biskut arab (sampai kembang kempis idung dipuji mak mentua dan makcik2 sekalian akan kesedapannya - ehehhehe perasan), tapi tahun ni rasanya takde la... dah hero kedua dah arrived, tahun lepas dia still baby.... tido je... so boleh la nak buat kuih, tahun ni dia dah jadi 'explorer' so tak boleh la nak buat kuih dah.

Ni la hasilnya.

Photobucket
Maruku keras (tatau nama)

Photobucket
Kerepek ubi purple

Photobucket
Keropok roda

Photobucket
Snow almond cookies - sedap okeh, dah tinggal separuh, nak beli lagi

Photobucket
Almond chocolate cookies - biskut ni menyedihkan sikit. Kat sana rupa lawa giler, beli, hari dah tengah hari panas terik gitu, aku lak 'cuti' puasa, so makan dalam keta Awien.... sekali mencair okeh, sbb most of it made from chocolate - strawberry, white and dark choc - dalam ada sikit je biskut atas almond.... hua hua hua, rasa nak nangis, biskutku mencair.... huduh terus...

Tapi sedap!!!


Conclusionnya, tak dan la aku nak bawak biskut cokolat tu balik kampung, harus cair half-way perjalanan. Kena tinggalkan kat sini, hidang pada tetamu yang datang - ada ke?

All costs me RM62.80. Biskut2 tu sebekas RM16.50 - macam mahal pulak rasanya macam tak sampai 50 pcs... tapi rasanya marvellous so aku pejam mata saja la.

Awien ngan Nisa memborong sampai RM80++ :)

Tuesday, September 23, 2008

Shopping Hunt Part 1

Yesterday, we went to PARAM Seksyen 7, KD to tapau. I 'tapau'ed ikan keli bakar 2 ekor = RM6. okey la jugak tu, dah lama dah nak makan ikan keli bakar tu tapi bila pergi asik dah abis je. Pastuh tapau nasi ayam untuk Haqimie.

Papa pulak tapau sotong masak pedas kat Vicchuda KD.

On the way back home, got a call from AD. He said he'll be coming to our house to break fast with us together with S and Yus. Oh ya, yesterday Papa was on leave since he had to accompany AD to Syariah Court for the case. But then it was adjourned to 20 October since KI refused to be divorced.

Thought after breaking fast nak ajak they all pegi Uptown Danau Kota. Tapi Papa demam balik so cancel juz pegi ke kedai depan aje. Last2 dah minum air kelapa muda, dia kata badan dah okey sikit so call Enal ngan Yus ajak pegi Danau Kota. Takde apa yang menarik sangat, just beli a pair of jeans for Qayyum. Takde baju raya yang menarik hati ku.

Photobucket

Photobucket

Pastu singgah ke Brickfields sbb Papa nak makan tosei pulak.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Roti Telur